TIBA-TIBA MUNCUL PULA IMEJ RENDER SPORTSBIKE YAMAHA R-09

SHARE

Entah dari mana datangnya idea, tiba-tiba lahir imej render Yamaha yang diberi nama R-09. Lakaran ini dihasilkan oleh laman web superstreetbike dua hari lepas dan ia mendapat penerimaan positif di kalangan peminat motosikal.

Apa yang lebih menarik lagi, idea mereka ini diasaskan daripada mesin crossplane MT-09 (Tracer dan FZ-09). Enjin CP3 (crossplane crankshaft tiga silinder) ini adalah antara mesin generasi baru yang dihasilkan Yamaha untuk bersaing dalam liga yang sama bersama enjin tiga selinder Triumph dan juga MV Agusta.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA MT-09

Enjin 847cc ini memang diakui antara enjin tiga selinder terbaik di pasaran (dan memang enjin tiga selinder lain pun tak kurang hebatnya. Konsutruksi saiz, berat dan kuasa menjadikannya praktikal untuk dijadikan sportbike sepertimana Triumph dengan model Daytona dan MV Agusta menerusi model F3.

Hanya Yamaha sahaja yang tiada versi sportbike untuk enjin tiga selinder ini dan idea begini sememangnya menepati kriteria, cuma masalahnya Yamaha masih lagi membuat YZF-R6 (kecuali Honda sudah menghentikan CBR 600RR)

Tapi ada satu lagi kemungkinan. YZF-R6 adalah model sport 125hp empat selinder dan jika Yamaha mahu bina R-09, ia boleh dibuat dengan kuasa kuda lebih rendah. Untuk rekod, enjin tiga selinder ini menghasilkan 115kuasa kuda ada MT09.

Atau ada pilihan kedua, jadikan R-09 ini pada hierarki lebih tinggi dari R6 dengan menala semula enjin ini kepada 130-140 kuasa kuda.

Aneh? bertindan sebab ada R1?

Tidak juga, Suzuki ada GSX600R, GSR750R, dan GSX1000RR pada satu-satu masa. Tidak seperti multi platform kereta, membuat motosikal dengan pelbagai pilihan dari satu kerangka adalah lebih ekonomikal dari segi skala pasaran.

Dari apa yang dibayangkan oleh “pereka” R-09 ini, ia memperlihatkan DNA dari R1 generasi baru dengan ekor pendek dan tirus dan penggunaan lengan ayun panjang.

Jika jadi kenyataan, ia mungkin penanda aras baru bagi segmen sportbike kelas pertengahan.

 

(Visited 3,339 times, 35 visits today)

Share this post

scroll to top