TIDAK AKAN ADA TOYOTA 86 TURBO UNTUK GENERASI SEKARANG – TETSUYA TADA

SHARE

Sejak model sports Toyota 86 dan kembarnya Subaru BRZ dilancarkan pada tahun 2013, persoalan mengenai adakah model turbo akan dikeluarkan tidak pernah sunyi diperkatakan.

Bagi mereka yang mengharap, dukacita dimaklumkan bahawa impian itu tidak akan tercapai untuk Toyota 86 generasi sekarang.

Kenyataan itu disahkan oleh Ketua Jurutera yang bertanggungjawab ke atas projek 86 dan Supra, Tetsuya Tada sewaktu ditanya oleh CarAdvice di acara Geneva Motor Show 2018 baru-baru ini.

Menurut Tada, beliau menerima banyak sekali soalan tentang versi turbo untuk 86 dari seluruh dunia. Namun apabila jawapan tiada versi turbo akan dikeluarkan, ada media yang mendakwa Tada tidak sukakan enjin turbo.

“Itu tidak benar, saya suka enjin turbo. Tetapi, jika kami ingin menghasilkan 86 versi turbo dan meningkatkan kuasa enjinnya, banyak perkara yang perlu dilakukan. Konfigurasi asas perlu ditukar sepenuhnya demi menghasilkan sebuah jentera yang saya benar-benar puas hati,” jelas Tada.

Ini bermakna, versi turbo 86 memerlukan chasis baharu. Jika tidak, ia hanya akan merosakkan karekter pengedaliannya yang sudah sedia seimbang itu. 

BACA: PENGAKUAN DRIFT KING – KENAPA SAYA MASIH MEMANDU TOYOTA 86

Sedia maklum bahawa 86 sekarang dibina untuk menjadi sebuah kereta sports yang lincah,  agihan beratnya direka khas supaya sesuai  dengan kuasa enjin. Keseimbangan bahagian hadapan dipastikan demi menjadikan pengendaliannya lebih pantas dan lincah.

Jadi, jika versi turbo mahu dihasilkan, ia tidak memadai dengan menukar atau mengubahsuai enjin semata-mata.

Diharapkan penjelasan ini dapat merungkai persoalan mereka yang mahukan versi turbo pada 86. Masih belum dipastikan model turbo akan dikeluarkan oleh Toyota. Tak guna juga kalau melabur jutaan ringgit, tetapi yang membelinya sedikit.

GALERI

Share this post

scroll to top