Buletin

TMS 2015 – FCV HONDA CLARITY

Honda Motor Co., Ltd. memperkenalkan kenderaan bahan api sel (FCV) serba baharu yang dirancang untuk diproduksi, Honda Clarity Fuel Cell pada acara Tokyo Motor Show 2015 kali ke-44 di Tokyo, Jepun.

Honda-Clarity-TMS 2015-mekanika (2)

FCV itu dijangka dipasarkan di Jepun pada Mac Tahun hadapan. Jualan jentera yang menjadi pesaing secara langsung kepada Toyota Mirai itu dipercayai difokuskan kepada pihak kerajaan tempatan di Jepun dan rakan-rakan niaga Honda sebelum ia dikomersialkan kepada umum.

Selepas Jepun, Clarity akan memasuki pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Menggunakan segala teknologi terbaik Honda, kepingan bahan api kereta mesra alam ini telah dikurangkan sebanyak 33 peratus berbanding versi sebelumnya.

Honda-Clarity-TMS 2015-mekanika (6)

Dengan kuasa mencecah 100kW dan kepadatan out 3.1kW/L, rangkaian kuasa Clarity dibina kompak seperti sebuah enjin V6. Tangki penyimpanan hidrogen yang dipasang membolehkan Clarity bergerak sejauh 700 kilometer. Tangki tersebut juga boleh diisi semula dalam masa tiga minit sahaja.

Bukan itu sahaja, apabila Clarity digabungkan dengan peranti janaan kuasa seperti Power Exporter 9000, ia mampu berfungsi sebagai pusat kuasa bergerak. Sekali gus boleh digunakan ketika berlaku bencana atau sebagainya.

honda-clarity-tms 2015-mekanika

Honda akan memulakan produksi berskala kecil Clarity di Tochigi, Jepun. Clarity ditawarkan pada harga 7.66 juta Yen (RM270,000) seunit.

 

 

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button