Artikel PilihanBuletin

TMS 2015 – GAYA HOTROD TOYOTA KIKAI  

Mahu terus dikenali sebagai sebuah pengeluar kenderaan yang kreatif dan inovatif, Toyota memperkenalkan sebuah model konsep yang menarik pada acara Tokyo Motor Show 2015.

Toyota-Kikai- TMS 2015-mekanika (5)

Toyota Kikai dikatakan direka untuk memberikan penekanan terhadap aspek asas tarikan sesebuah mesin. Ia merangkumi pertukangan yang halus, cantik, ringkas dan pergerakan yang mengagumkan.

Sekali pandang, Kikai kelihatan seperti sebuah model hotrod atau buggy dengan kapasiti tiga tempat duduk. Konfigurasi Kikai nyata unik apabila tempat duduk pemandu berada di tengah-tengah.

Toyota-Kikai- TMS 2015-mekanika (8)

Sementara rekaan yang terbuka itu membolehkan pemandu dan penumpang melihat  pergerakan suspensi hadapan beroperasi. Untuk kelihatan lebih ganas, bahagian hadapan dan belakangnya tidak ditutup, termasuklah tangki minyak dan paip ekzosnya.

Ruang kabin pula sarat dengan elemen retro menerusi penggunaan suis dan meter-meter analog. Di samping  kemasan berwarna merah pada papan pemuka, stereng, panel sisi dan tempat duduknya.

Toyota-Kikai- TMS 2015-mekanika (11)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button