BuletinMotosikal

TMS 2015 – SKUTER COMEL HUSTLER SCOOT

Pengeluar kenderaan kompak, Suzuki Motor Corp. memeriahkan acara Tokyo Motor Show 2015 (TMS 2015) menerusi barisan kereta dan motosikal keluarannya.

Suzuki-hustler-scooter-mekanika (8)

Suzuki bakal meraikan ulang tahun ke-100 pada tahun 2020, maka ia menjadikan “Suzuki Next 100” sebagai tema pamerannya. Syarikat itu mempamerkan cadangan produk dan teknologi yang menunjukkan kesediaannya untuk terus berjaya 100 tahun akan datang.

Jadi tidak hairanlah jika Suzuki mendedahkan beberapa model konsep seperti Concept GSX dan Hustler Scoot. Hustler Scoot ialah sebuah skuter konsep yang dikuasakan oleh enjin bersesaran 50cc.

Suzuki-hustler-scooter-mekanika (10)

Skuter comel itu mempunyai ruang tempat menyimpan barang di bawah tempat duduk. Ruang tersebut hadir bersama bekas yang boleh dibuka dan diletakkan dekat dengan kaki penunggang.

Dengan rekaan pintar itu, pengguna boleh membawa barangan yang lebih panjang seperti raket tenis. Bukan itu sahaja, bahagian sisi dan hadapannya juga mempunyai ruang untuk meletak barangan seperti botol minuman.

Suzuki-hustler-scooter-mekanika (20)

Dicat dengan warna terang seperti oren, skuter ini pasti dapat menarik minat golongan yang ingin tampil menyerlah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button