Buletin

TMS 2017 – HONDA SPORTS EV DIPERTONTONKAN KEPADA DUNIA, INILAH REALITI MASA DEPAN

Hari ini, Honda memperkenalkan konsep terbaru mereka Sport EV Concept di pameran Tokyo Motorshow 2017 ke 45 di Tokyo. Abang Japar berkampung sejak tiga hari lepas membuat liputan pelbagai program dan hari ini adalah kemuncaknya di mana Honda mengumumkan bahawa halatuju mereka untuk dunia yang lebih bersih kinilebih jelas.

Teaser bagi konsep ini telah disiarkan beberapa minggu lalu. Pelbagai spekulasi bermain di media mengenainya. Tak kurang juga yang menjangkakan ia adalah model gantian S2000 tapi sebenarnya tidak. Kami lebih melihatnya seperti sebuah CRX menjadi CR-Z.

Honda Sport EV Concept ini merupakan “kelengkapan” rangkaian kenderaan elektrik Honda untuk masa depan. Masa depan? berapa lama? tidak lama, dalam tempoh tiga tahun lagi, model-model ini akan dikeluarkan sebagai produksi penuh dan Honda jelas tidak mahu ketinggalan dalam liga EV dunia yang semakin rancak.

Ia berkongsi platform dengan URBAN EV CONCEPT yang diperkenalkan di Frankfurt Motorshow yang lalu. Tiada spesifikasi rasmi diumumkan tetapi berkemungkinan besar ia akan mengekalkan profil asas Civic “telur” EV tersebut.

Ia akan dilengkapkan dengan sistem Power Manager Concept terbaru yang direka untuk menyimpan bekalan tenaga dengan lebih efisyen dan melepaskan tenaga elektrik menggunakan sumber boleh diperbaharui kembali ke rumah anda ataupun menjualnya kembali kepada syarikat pembekal elektrik.

Sama seperti Urban EV Concept yang cuba mengembalikan imej retro, Sports EV Concept juga tampil dengan reka retro-moden menerusi lampu bersegi di belakang dan juga garis badan coupe klasik dari proposisi bahagian sisi.

Seperti yang kami jelaskan semalam, menjelang 2030, 2/3 kenderaan yang dikeluarkan Honda adalah berasaskan teknologi elektrik. Jadi inilah realitinya.

Abang Japar cuma masih berharap akan ada pengganti S2000

GALERI

Google ads
Back to top button