TOL MOTOSIKAL DIHAPUSKAN JIKA BN MENANG DI PULAU PINANG

SHARE

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan menghapuskan bayaran tol sekiranya BN berjaya menawan semula negeri itu.

Seperti yang dilaporkan akhbar The Sun Beliau telah berbincang dengan pemimpin BN negeri itu dan mengambil keputusan memberi laluan percuma kepada penunnggan motosikal sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam satu acara pelancaran program kesihatan di SMK Seri Balik Pulau semalam.

Penghapusan tol ini akan dimasukkan ke dalam manifesto BN untuk PRU ke-14.

Buat masa ini, setiap penunggang yang melalui Jambatan Pulau Pinang dikenakan bayaran tol sebanyak RM1.40 sehala. 

Jambatan yang menguhubungkan Seberang Prai dan bahagian Gelugor di Pulau Pinang itu siap dibina pada 1985 dan merupakan jambatan kedua terpanjang di Malaysia dan kelima terpanjang di Asia Tenggaran.

 

 

Share this post

scroll to top