Buletin

TOP GEAR AKAN BERSIARAN DI SALURAN NETFLIX?

Memetik laporan akhbar The Guardian dan Autoblog, penyedia penstriman filem dan siri televisyen terkemuka dunia, Netflix didakwa berminat untuk menyiarkan program pemotoran popular Top Gear di salurannya.

Top-Gear-Netflix-mekanika (2)

Netfix kini dikatakan berada dalam peringkat awal untuk membincangkan tentang hak penstriman program Top Gear dengan BBC.

Sedia maklum bahawa Top Gear yang sering dilanda kontroversi itu sudah mempunyai barisan enam orang hos baharu. Antaranya ialah Chris Evans, veteran sukan bermotor Eddie Jordan dan pelakon sitkom Friends, Matt LeBlanc.

Top-Gear-Netflix-mekanika (3)

Masih belum ada perincian mengenai kerjasama tersebut. Netflix mungkin menjadi rakan penstriman eksklusif atau memegang hak penyiaran di negara-negara yang BBC tidak mempunyai pilihan sindikasi program berkenaan.

Netflix juga mungkin bertindak sebagai arkib untuk episod-episod baharu Top Gear. BBC bagaimanapun memang merancang untuk melancarkan satu perkhidmatan langganan penstriman di Amerika Syarikat dalam tahun ini.

Kita tunggu sahaja apa perkembangannya nanti.

Google ads
Back to top button