TOYOTA 86 860 SPECIAL EDITION – KHAS UNTUK PASARAN AS SAHAJA

SHARE

Seperti yang sedia maklum, Toyota 86 adalah usaha Toyota untuk menawarkan sebuah kereta sports asas dan ‘lebih murah’ kepada pengguna.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, jentera tersebut sentiasa menerima penambahbaikan. Terbaharu, ia tampil dengan versi 860 Special Edition untuk pasaran Amerika Syarikat.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Dari segi luasaran, semua yang anda harapkan daripada 86 dikekalkan. Perubahan paling ketera semestinya penggunaan cat warna oren (Supernova Orange). Warna baru yang merupakan gabungan warna merah dan oren itu dikontraskan dengan perumah lampu sisi, wing belakang, rim aloi bersaiz 17 inci serta jalur pada hud dan bumbung berwarna hitam.

Selain oren, model yang terhad kepada 860 unit sahaja itu hadir dalam warna putih. Lihat dengan lebih teliti, bahagian bawahnya dipasang dengan panel aerodinamik yang eksklusif.

Masuk ke dalam ruang kabin, perkara pertama yang menarik perhatian pastinya jahitan benang oren. Ia boleh didapati dengan jelas pada stereng, papan pemuka,tuil gear dan tempat duduk.

Versi itu turut dibezakan menerusi paparan multi informasi bersaiz 4.2 inci, meter G-force dan jam randik. Paparan itu juga memaparkan kuasa hp, lengkok tork, suhu cecair penyejuk dan minyak. Peralatan standard yang ada termasuklah sistem kemasukan pintar, butang penghidup enjin dan kawalan suhu dua zon.

Dijangka berada di pasaran pada akhir bulan ini, 860 Special Edition ditawarkan pada harga AS$30,400 (RM135,200) untuk versi manual dan AS$30,760 (RM136,800), automatik enam kelajuan.

Di pasaran AS, ia sebelum ini dikenali sebagai Scion FR-S. Popularitinya melonjak pada tahun 2013 apabila berjaya mencatat jualan lebih 18,000 unit. Namun, angka itu jatuh merudum kepada hanya 7,500 sahaja tahun lalu.

Jadi, pengenalan 860 Special Edition dilihat sebagai usaha Toyota untuk merancakkan kembali jualannya sebelum model pengganti diperkenalkan.

BACA: TOYOTA 86 VERSI SHOOTING BRAKE DIPERKENALKAN DI AUSTRALIA

BACA: INI MEMANG KEJAM – TOYOTA 86 DENGAN ENJIN NISSAN GT-R

GALERI

Share this post

scroll to top