TOYOTA ALL ABOUT THE DRIVE

SHARE

Dalam usaha penambahbaikan berterusan, pengalaman pengguna Toyota menjadi aset penting dalam menghasilkan produk lebih baik. 

All-About-The- Drive-mekanika

Perjalanan itu sendiri mentakrifkan pembangunan kenderaan Toyota dan barisan model yang bakal dilancarkan ke pasaran tempatan.

Untuk itu, UMW Toyota Motor tampil dengan tagline baharu iaitu All About the Drive. Tagline berkenaan mewakili janji Toyota untuk menawarkan produk lebih menarik kepada pelanggan.

Ia didefinisikan menerusi perluasan sempadan inovasi teknologi kenderaan penumpang yang memastikan perjalanan lebih selamat dan menyeronokkan. Malah, turut disesuaikan dengan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia. Toyota memegang prinsip pemanduan pelanggan sebagai pemacu kepada usaha syarikat berkenaan.

Justeru, tagline berkenaan diharapkan dapat menjadikan setiap perjalanan dan pengalaman pemanduan sebagai kenangan yang indah dan terbaik.

Share this post

scroll to top