Buletin

TOYOTA AYGO X-STYLE & X-CITE – DAH MACAM KERETA MAINAN

Toyota dilapor akan melakukan debut dua model edisi khas iaitu Aygo X-Cite dan Aygo X-Style pada acara Geneva Motor Show 2019 pada Mac depan.

Didatangkan dalam warna putih oren dan kemasan oren gelap, Aygo X-Style dipasang dengan rim bersaiz 15 inci, lampu kabus dan kaca privasi di bahagian belakang.

Di ruang kabin, warna oren nampaknya terus menghantui pada corong pendingin hawa dan perumah kotak gear. Kereta bandar itu juga menerima kemasan piano black berkilat pada konsol tengah, tempat duduk separa kulit dan karpet lantai dengan bingkai berwarna oren.

Aygo X-Cite pula hadir dalam warna oren terang bersama bumbung hitam dan elemen warna sama pada beberapa komponen. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aloi bersaiz 15 inci, lampu kabus dan tingkap privasi hitam berkilat.

Bahagian dalaman pula menerima kemasan oren pada corong pendingin hawa, uplholsteri fabric Manhattan pada tempat duduk dan perumah gear krom.  

Selain tona warna tersebut, Aygo X-Style dan X-Cite masih dilengkapi pelbagai ciri sama seperti stereng dengan butang multi fungsi dan pengehad kelajuan boleh laras.

Manakala ciri-ciri seperti sistem infohibur bersaiz 7 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kamera undur, Toyota Safety Sense, radio DAB dan sistem kemasukan kunci pintar hadir sebagai pilihan.

Kedua-dua varian itu juga menggunakan enjin tiga selinder 1.0L berkuasa 72PS.

Google ads
Back to top button