Buletin

TOYOTA BEKUKAN CH-R SEMATA-MATA UNTUK UJI KETAHANAN AKSESORI

Pengeluar kenderaan kadang kala membuat sesuatu yang tidak pernah kita fikir semata-mata untuk membuktikan ketahanan atau menguji keberkesanan produk mereka.

Sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh di dunia, Toyota mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan komitmennya terhadap kualiti. Terbaharu, Toyota dilapor membekukan sebuah CH-R semata-mata untuk menguji kekuatan aksesori jika ia terpaksa berdepan cuaca sejuk melampau.

Dikenali sebagai Aksesori Musim Sejuk Toyota, ia terdiri daripada tayar musim sejuk, kemasan but dan plat kaki krom.

CH-R tersebut telah diletakkan ke dalam satu ruang yang kelihatan seperti peti sejuk untuk dibekukan. Proses pembekuan itu mengambil masa selama 24 jam.

Ia dimulakan dengan CH-R disembur air yang telah dinyahionkan – air seperti yang diletakkan di dalam radiator pendingin hawa. CH-R tersebut kemudian dimasukkan ke dalam ruang pembekuan dengan suhu seperti di artik iaitu -20 darjah selsius.

Setiap sejam, air akan disemburkan ke atas permukaan kenderaan untuk membuatkan ais lebih tebal dan melambatkan kadar kecairannya. Proses menyembur air itu penting kern jika tidak, lapisan ais adalah nipis dan melekat di sebahagian tempat sahaja.

Akhirnya, ais yang ada di permukaan menjadi setebal empat inci. Biarpun dengan suhu sesejuk itu, CH-R dapat dihidupkan tanpa sebarang masalah.

Malah, semua aksesori yang dinyatakan tadi juga terbukti dapat bertahan dalam cuaca yang ekstrem.

GALERI

Google ads
Back to top button