Buletin

TOYOTA BELANJA TONTON STAR TREK

Bagi 500 ahli Toyota Merit di Lembah Klang dan Kuching, Sarawak, hujung minggu baru-baru ini nyata begitu bermakna kerana mereka dijemput oleh pihak UMW Toyota untuk menonton filem sains fiksyen, Star Trek into Darkness

Toyota Merit merupakan satu program eksklusif berdasarkan kepada jemputan sahaja yang dicipta khas untuk memberi ganjaran buat para pelanggan setia Toyota. Sudah memasuki tahun kedua penganjurannya, program Merit Movie Day diadakan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Mei lalu.

Pic 3

Melibatkan lapan tayangan di Lembah Kelang, acara itu berlangsung di panggung wayang mewah, Cathay Cineplexes di eCurve, Mutiara Damansara. Sebelum masuk ke dalam panggung, para jemputan menikmati hidangan di Platinum Suite. Bukan itu sahaja, mereka juga memenangi pelbagai hadiah Toyota Merit apabila mengambil bahagian dalam kuiz trivia mudah.

Pic 2

Pada masa yang sama, tayangan turut di adakan di panggung wayang MBO di SpringMall, Kuching khas buat ahli-ahli Toyota Merit di Sarawak. Sambil menjamu selera di restoran Sakae Sushi, mereka juga memenangi hadiah apabila berjaya menjawab soalan-soalan mudah dalam kuiz trivia.

Pic 5

Ahli-ahli Toyota Merit yang menyertai acara itu turut dihadiahkan dengan  sekeping Toyota eVoucher bernilai RM50 dan pulang bersama gambar bertemakan Star Trek. Ini sememangnya satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pic 4

“Semuanya dalam keadaan yang bagus. Saya menghabiskan waktu pagi Ahad dengan aktiviti yang menarik,” kata seorang ahli Toyota Merit, Amanjit Kaur.

Download-Star-Trek-Into-Darkness-Wallpaper-HD

Seorang pemilik Toyota Fortuner, Khusairi pula memberitahu acara itu dijalankan dengan teratur bersama beberapa aktiviti menarik seperti sesi foto bertemakan Star Trek.

“Memang seronok apabila rasa dihargai oleh sebuah syarikat seperti UMW Toyota,” kata seorang lagi ahli Toyota Merit dari Sarawak, William Yeo.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button