Buletin

TOYOTA BINA KILANG DI BUKIT RAJA

Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan angka jualan sektor automotif, UMW Toyota (UMWT) membuat kejutan dengan mengumumkan pelan pelaburan terbesar mereka sejak bertapak di Malaysia.

batch_UMW-Toyota-new-plant-malaysia-mekanika3

Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan untuk membina operasi kilang kedua mereka di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang Selangor.

Dengan keluasan keseluruhan 670,000 meter persegi, pembinaan akan bermula pada pertengahan tahun ini. Ia dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2019.

Kilang sedia ada di Shah Alam masih meneruskan operasi seperti biasa kecuali pemasangan beberapa model kenderaan penumpang akan dipindahkan ke kilang baru. Kilang di Shah Alam juga bakal diperbaharui dan fokus akan lebih ditumpukan pada pemasangan kenderaan komersial.

batch_UMW-Toyota-new-plant-malaysia-mekanika2

Kilang baru nanti bakal menempatkan kejuruteraan moden dengan memfokuskan kepada produksi kenderaan yang lebih efektif. Berbeza dengan sistem pengeluaran konvensional, kilang baru ini lebih mementingkan persekitaran yang positif.

Ia memegang falsafah Simple, Slim, Flexible. Konsep ini menampilkan 5 karekteristik utama iaitu Kualiti, Lebih Effisien, Kakitangan Berkemahiran Tinggi, Mesra-Pekerja dan Mesra Alam Sekitar.

batch_UMW-Toyota-new-plant-malaysia-mekanika1

UMWT mensasarkan kapasiti pengeluaran 50,000 unit setahun. Ya. Tak banyak mana pun tapi mereka melihat jauh ke hadapan. Ini merupakan pelaburan jangka masa panjang bagi memastikan produksi kenderaan, komponen dan pengeluaran alat ganti yang juga merupakan perniagaan teras serta mampu menyokong keperluan anak syarikat mereka serta industri yang berkaitan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button