TOYOTA C-HR 600 KUASA KUDA, SIAPA KATA SUV NI MEMBOSANKAN?

SHARE

Ini mungkin SUV saiz sederhana yang dinanti-nantikan oleh peminat kenderaan di Malaysia. UMW Toyota telah mempamerkan SUV segmen B ini sejak awal tahun lalu dan ia diberitakan akan dilancarkan secar rasmi pada tahun hadapan.

Kebanyakan negara sudahpun menerima SUV terbaru Toyota C-HR dan di sebuah negara yang menggemari Toyota seperti Amerika Syarikat, model baru ini sudah tentu jadi buruan tuners untuk dijadikan subjek modifikasi dan ujikaji.

BACA: C-HR MASUK PASARAN MALAYSIA 2018

Dalam kes ini, Dan Garder Spec (DG-Spec) telah menggunakan C-HR sebagai platform untuk mempamerkan hasil kerja kreatif mereka di pameran automotif aftermarket SEMA. Pameran automotif aftermarket terbesar dunia ini adalah pentas penting bagi penala bebas untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada umum. Kebanyakan kredibiliti modifikator dinilai di pameran ini.

Jadi apa yang DG-Spec buat?

Mereka pilih C-HR standard enjin 144hp dengan transmisi CVT itu dan gantikannya dengan jantung baru yang jauh lebih berkuasa.

Ia bersamaan dengan empat buah enjin standard CH-R untuk menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2AZ-FE sekarang.

Power sangat ke enjin 2.4 liter ni? Padahal enjin lemau saja yang dipakai Camry dan juga Vellfire.

Secara teknikalnya tidak power mana pun sebab ia sebuah enjin NA (Normally Aspirated) Tapi DG-Spec telah kahwinkan enjin ini dengan sistem turbo.

Jika turbo sahaja tidak cukup, sebenarnya bahagian-bahagian dalaman enjin ini telah dirombak sepenuhnya.

Ia menggunakan bahagian blok pembakaran yang diperkuatkan. Kesemua omboh menggunakan jenis aluminium tempa dan juga injap-injap titanium. Turbo yang digunakan ialah dari unit Garret yang ditala sehingga menghampiri tekanan boost 2 bar.

Untuk mengalirkan kuasa ke permukaan jalan, kotak gear manual lima kelajuan dari enjin 2AZ ini telah dipasangkan dengan pelapik klac OS Giken. Hasil akhir ujian dyno menunjukkan prestasi memberansangkan – 600 kuasa kuda.

Ya. Ia masih sebuah SUV dan dengan angka sebegini, ia mengingatkan Abang Japar tentang Juke pakai enjin Nissan GTR dulu.

Power lebih kurang ni dengan pecutan 0-100 dalam 2.9 saat saja

Jadi kenapa bayar lebih beli Veyron?

 

 

Share this post

scroll to top