Buletin

TOYOTA C-HR MODELLISTA, SENTUHAN AERODINAMIK KELAS TINGGI

Minggu lalu, Toyota Jepun melancarkan versi Modellista (dan TRD) sebulan selepas pelancaran rasmi C-HR yang menerima sambutan amat luar biasa. Di sebuah negara yang kerjanya siang malam membuat kereta, Jepun menyaksikan pasaran SUV/Crossover urban ini kembali memuncak.

BACA – TOYOTA C-HR DI AUSTRALIA TAHUN DEPAN

BACA – PANDU UJI: HONDA HR-V

C-HR mencatatkan tempahan sebanyak 29,000 unit sejak dibuka tempahannya sebulan sebelumnya. Padahal, mereka hanya mensasarkan 6,000 unit sebulan. Dah laku dari Bezza ni, padahal bukanlah kereta murah mana pun.

chr-ch-r-modellista-2

DI Jepun, C-HR ditawarkan dengan empat varian berbeza. 1.2ST dan 1,2GT untuk versi petrol (kedua-duanya dijana enjin turbo 1.2 liter 8NR-FTS). Kemudian, dua lagi trim pilihan enjin hybrid iaitu 1.8S dan 1.8G. Harga jualannya bermula 2.5 Juta Yen hingga 2.9 juta yen (RM96,000 – RM111,000).

VERSI MODELLISTA

chr-ch-r-modellista-13

Jika anda biasa dengan scene JDM untuk kereta Toyota, nama seperti Modellista bukanlah asing. Mereka merupakan penala rasmi Toyota yang cukup terkenal menaiktaraf model-model Toyota dan Lexus dengan kit badan dan peralatan aftermarket yang menarik.

Bila satu tuner house digabungkan dengan sebuah Crossover futuristik, lahirlah sebuah kenderaan luar imaginasi. Kalau lihat pada bentuk standard C-HR sendiri yang dah serupa kenderaan makhluk asing, bagaimana pula rupanya bila dipakaikan dengan kit Modellista?

Nah. Ini lah rupanya.

Adakah C-HR bakal masuk ke pasaran Malaysia? Soalan bijak. Seperti biasa Abang Japar sedang melakukan siasatan. Sebenarnya kami sudah ada informasi, cuma inginkan maklumat yang berbeza dan sahih dari pelbagai sumber. Tunggu je lah dulu, ok?

 

 

 

 

Google ads
Back to top button