Buletin

TOYOTA CENTURY 2018 – GAYA SELESA DAN MEWAH

Toyota Century ini barangkali teramat asing buat kita. Tetapi, ini adalah kereta ikonik dari Toyota untuk dengan menampilkan ciri-ciri mewah dan selesa disamping paras rupa yang agak klasik. Jenis yang bercitarasa tinggi. Dan, Toyota Century terbaharu ini sudah boleh dimiliki bermula 2018 nanti.

BACA : JERIJI RADIATOR LEXUS LS INI AMBIL MASA 3 TAHUN UNTUK DISIAPKAN

BACA : INI UCAPAN AKIO TOYODA – PRESIDEN TOYOTA YANG MENGGETARKAN JIWA

Secara asasnya Toyota Century ini merupakan model flagship yang dikhususkan untuk jualan di Jepun sahaja berbanding model Lexus LX, cabang jenama mewah Toyota yang dikhususkan untuk pasaran luar Jepun. Ianya telah mula diperkenalkan semenjak tahun 1967 lagi bagi generasi pertama.

Manakala generasi kedua pula muncul hanya pada 1997 setelah generasi pertama hanya mengalami proses tingkat taraf sahaja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Dan bagi generasi ketiga ini, ianya telah mula dipertontonkan kepada umum ketika Tokyo Motor Show 2017 yang lalu. Kalau dilihat, ianya menampilkan paras rupa agak klasik, terutamanya gril yang besar. Legasi daripada Century yang sebelumnya jelas kelihatan. Menariknya, tiada sebarang logo Toyota ditampal pada kereta ini, hanya bersandarkan kepada perkataan CENTURY yang tertera pada trunk lid.

Ruang dalamannya juga tidak terkecuali. Paling ketara ianya tidak menggunakan kulit sebagai alas tempat duduk. Sebaliknya Century ini menggunakan sesuatu yang jauh lebih mewah dan selesa dengan 100% wool bermutu tinggi.

Di bahagian tempat duduk belakang yang barangkali membawa Kerabat Maharaja Jepun, perehat kaki berserta dengan fungsi mengurut dan tempat duduk boleh laras turut tersedia bagi menawarkan keselesaan yang bukan kepalang.

Manakala skrin LCD yang terdapat di tengah bahagian belakang itu bertindak sebagai penyelaras untuk sistem audio, sistem pendingin hawa dan juga ketetapan tempat duduk.

Enjinnya bersesaran  5.0-liter 2UR-FSE V8 pula telah dipasangkan berserta dengan kombinasi teknologi sistem hibrid THS II (Toyota Hybrid System II)   untuk memastikan sedikit penjimatan bahan bakar sewaktu mengheret Toyota Century ini yang sememangnya agak besar dan berat.

 

Aspek keselamatan sewaktu membawa penumpang level Super VIP turut tidak dilupakan.seperti pakej yang tersedia Toyota Safety Sense P demi mengurangkan risiko kebarangkalian berlakunya perkara yang kurang enak.

Lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan dan keselesaan yang bukan calang, adakah Century ini boleh ditempah begitu sahaja oleh golongan ada-ada ataupun Yakuza? Malangnya, pembelian Century ini hanya berdasarkan jemputan melalui wakil jualan terpilih sahaja. Ada duit banyak pun belum tentu boleh beli Toyota Century ni. Inilah yang digelar sebagai ada kelas!

 

 

Google ads

B K

Back to top button