Buletin

TOYOTA COROLLA ALTIS BAKAL GUNA ENJIN BMW

Seperti yang dilaporkan dari beberapa media Jepun, Indianaautoblogs mendakwa berkemungkinan besar BMW akan membekalkan enjin kepada Toyota, lebih tepat lagi model Corolla yang lebih kita kenali di sini sebagai Altis.

Model Corolla akan mendapat gantian penuh pada 2018 dan dikatakan akan dikuasakan oleh varian enjin bermula 1.5L petrol, 1.5 liter hybrid, 1.2L turbo dan 1.8VVT-i. Jika benar berita ini, enjin BMW dijangka akan memacu model 2.0 liter, varian tertinggi Corolla.

Adakah aneh sebuah kereta Jepun menggunakan enjin Jerman? Rasanya agak susah nak menggabungkan perkataan “tahan lasak” jika ianya menggunakan enjin bukan Jepun, apatah lagi bagi model yang terkenal sebagai kereta penumpang Jepun paling berjaya di dunia.

prius-2016
Toyota Corolla akan datang bakal menggunakan platform TNGA yang sama dengan Prius 2016 ini

BACA-TOYOTA MUNGKIN JUAL ENJIN HYBRID

BACA-SPYSHOT TOYOTA SUPRA/BMW Z4

Sebenarnya tidak juga. Sebelum ini, Infinity Q50 dari Jepun pun menggunakan enjin pengecas turbo dari Mercedes Benz. Pertukaran teknologi bukanlah sesuatu yang asing pada hari ini, tetapi Corolla enjin BMW tetap kami rasa luar biasa.

Sejauh mana kerjasama Toyota-BMW? Setakat ini, mereka membangunkan secara bersama model Z4 dan Toyota Supra yang sudah memasuki fasa akhir.

toyota-tnga-platform
Platform TNGA terbaru Toyota

Model Corolla 2018 akan berkongsi platform dari asas TNGA (Toyota New Global Architecture) yang kini terdapat pada model Prius generasi baru. Dikatakan, model akan datang ini juga lebih besar untuk memastikan penumpang belakang lebih selesa.

 

 

Google ads
Back to top button