TOYOTA COROLLA KAYU – TRIBUTE UNTUK COROLLA GENERASI PERTAMA

SHARE

Sekumpulan sukarelawan yang dikenali sebagai Mori no Present dari wilayah Aichi, Jepun telah menghasilkan sebuah replika saiz sebenar model generasi pertama Toyota Corolla.

Apa yang menarik, kereta tersebut dibina menggunakan kayu nipis yang diambil dari bandar Toyota Motor Corp tersebut.

toyota-corolla-wooden-mekanika-1

Isuzu Dmax Desktop

Menurut laporan Japan Times, walaupun mendapat sokongan daripada beberapa buah syarikat berkaitan kenderaan, pembinaan kereta unik itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Replika kayu itu juga menggunakan 246 batang kayu cypress yang diambil dari kawasan tanah tinggi bandar Mikawa.

BACA: TOYOTA COROLLA LE BLUE DEVIL

BACA: TOYOTA COROLLA HYBRID – 1,000 KILOMETER DENGAN 1 TANGKI

“Saya mahu orang ramai tahu bahawa anda boleh menghasilkan objek yang menarik daripada kayu nipis,” kata ketua kumpulan sukarelawan projek kereta kayu berkenaan, Nobuo Hazama, berusia 77 tahun.

Model kayu yang menjadi simbol terhadap sumber balak, teknologi perkilangan dan kesukarelawan bandar tersebut didedahkan kepada umum pada 11 Disember lalu. Ia dipamerkan di Aste, sebuah kemudahan untuk pekerja sukarelawan yang terletak di wilayah Honmachi.

toyota-corolla-1966-1st-gen-mekanika-1

Mori no Present memang terkenal dalam penghasilan blok-blok kayu dan kerusi panjang daripada papan lapis, sebelum menyumbangkannya kepada pusat-pusat jagaan.

Aste ditubuhkan pada 1966, tahun sama yang menyaksikan Toyota Corolla pertama melakukan debutnya. Mori no Present mendapat idea untuk menghasilkan kereta kayu itu bagi meraikan ulangtahun Toyota Corolla dan Aste yang kini menjangkau usia 50 tahun.

Kerja-kerja dimulakan dengan berjumpa Aisin Seiki Co., anak syarikat Toyota untuk membantu mereka mendapatkan lakaran dan ukuruan 3D kenderaan berkenaan.

toyota-corolla-1966-1st-gen-mekanika-2

Mereka kemudian mendapatkan khidmat syarikat Sugiura-Kigata Inc., yang telah menghasilkan kereta kayu selama bertahun-tahun. Pasukan itu kemudian mengukir pelbagai alat ganti dan memasangnya.

Sentuhan terakhir melibatkan pemasangan cermin tingkap kaca. Lebih menakjubkan, pasukan sukarelawan itu turut menghasilkan perincian-perincian lain seperti gril hadapan, pintu dan tayar yang boleh berfungsi dengan baik.

Replika itu dipamerkan di Aichi. Mori no Present juga sedang menimbang untuk membawanya ke pusat-pusat pengedaran Toyota di seluruh Jepun menjelang musim bunga tahun depan.

Share this post

scroll to top