Buletin

TOYOTA DEDAH RUPA, HARGA FCV

Toyota Motor Corporation semalam telah mendedahkan model sedan sel bahan api hidrogen (FCV) yang pernah melakukan debut pada  acara Tokyo Motor Show tahun lalu. 

Toyota-FCV-mekanika (1)

Sedan itu dijangka dilancarkan di Jepun sebelum April 2015. Persediaan juga sedang rancak dijalankan untuk pelancarannya di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menjelang musim panas 2015.

Di Jepun, sedan sel bahan api tersebut akan dijual oleh pengedar Toyota dan Toyopet pada harga sekitar tujuh juta yen (RM221,000) seunit. Harga untuk pasaran AS dan Eropah bagaimanapun masih belum diputuskan. Pada peringkat awal, jualan model ini dihadkan di rantau di mana infrastruktur isian semula hidrogen telah pun dibangunkan.

Toyota-FCV-mekanika (6)

Komitmen Toyota terhadap kenderaan mesra alam adalah berdasarkan kepada tiga prinsip utama. Mengaplikasikan sumber tenaga yang pelbagai, membangunkan kenderaan cekap emisi dan efisien serta melakukan perubahan positif dengan mempopularkan kenderaan cekap tenaga.

Hidrogen dilihat sebagai bahan api berpotensi kerana ia boleh dihasil menggunakan satu rangkaian sumber tenaga utama seperti solar dan angin. Apabila dimampatkan, hidrogen memiliki kepadatan yang lebih tinggi berbanding bateri, selain mudah disimpan dan diangkut.

Toyota-FCV-mekanika (5)

Di samping potensinya sebagai bahan api untuk kegunaan di rumah dan automotif, hidrogen juga boleh digunakan secara meluas termasuklah janaan kuasa berskala besar.

Toyota telah membangunkan kenderaan sel bahan api selama lebih 20 tahun. System sel bahan api Toyota seperti FC Stack berupaya menjana tenaga elektrik daripada tindak balas kimia di antara hidrogen dan oksigen, selain tangki hidrogen bertekanan tinggi. Pada tahun 2012, Toyota sudah mula memajak sebuah SUV bahan api dikenali sebagai Toyota FCHV di Jepun dan AS.

Toyota-FCV-mekanika (2)

Penambahbaikan signifikan telah dilakukan ke atas sistem FC sejak tahun 2002. FCV yang didedahkan ini misalnya menampilkan menawarkan prestasi yang sama dengan kenderaan berenjin petrol. Ia mampu bergerak sejauh 700km dengan masa isian semula hanya selama tiga minit. Apabila dipandu, ia hanya mengeluarkan wap air yang terhasil daripada tindak balas di antara hydrogen dan oksigen.

Canggih betul!

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button