TOYOTA FORTUNER DILANCARKAN – BERMULA RM186,900

SHARE

Pada majlis yang sama hari ini, UMW Toyota Motor turut melancarkan SUV tujuh tempat duduknya, Fortuner. Sudah memasuki generasi kedua, versi kali ini kelihatan lebih menarik dan mewah.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (6)

Ia dapat dilihat dengan jelas pada rekaan luaran, material untuk ruang kabin dan pelbagai ciri yang ditawarkannya. Fortuner hadir dalam dua varian iaitu 2.7L SRZ dan 2.4L VRZ. Harganya? RM199,900 untuk 2.7L SRZ dan RM186,900 bagi 2.4L VRZ (di atas jalan termasuk GST dan insurans).

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Varian 2.7L SRZ dijana oleh enjin petrol yang mampu menghasilkan kuasa 166PS @ 5,200rpm dan tork 245Nm @ 4,000rpm. Enjin sama yang digunakan pada generasi terdahulu itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan bersama paddle shifter.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (3)

Sementara 2.4L VRZ pula menggunakan enjin turbo diesel berkuasa 150PS @ 3,400rpm dan tork 400Nm @ 1,600 – 2,000rpm.

Dihasilkan di kilang UMW Toyota Motor di Shah Alam, Fortuner adalah sebahagian daripada projek Kenderaan Inovatif Pelbagai Guna antarabangsa (Projek IMV) yang berkongsi banyak komponen dan sistem dengan trak pikap Hilux.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (5)

Biarpun berkongsi platform dengan Hilux, Fortuner menggunakan suspensi double wishbone di hadapan dan jenis pegas gegelung 4-link (roda belakang) untuk memberikan pemanduan lebih selesa.

Berbanding model sebelum ini, penampilan luaran Fortuner berubah sepenuhnya. Gayaan kini dilihat lebih sofistikated dengan rekaan ‘bumbung terapung’.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (2)

Ruang kabin juga semakin mewah dan elegan. Cuba menawarkan ruang dalaman seperti sebuah sedan premium, tidak hairanlah jika ia tampil dengan kemasan material berkualiti tinggi.

Satu ciri yang pasti disenangi oleh pemilik Fortuner 2.7 SRZ ialah pintu belakang berkuasa. Anda hanya perlu menekan satu butang untuk membuka dan menutupnya.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (1)

Daris segi keselamatan pula, brek ABS dan EBD adalah ciri standard pada kedua-dua varian  Fortuner. Di samping tiga beg udara SRS hadapan (beg udara ketiga pada lutut pemandu). Untuk varian2.7 SRZ, tujuh beg udara disediakan.

Sama seperti model baharu lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sejak 1 April 2016, Fortuner didatangkan dengan jaminan selama lima tahun.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (11)

Tempahan Fortuner telah dibuka sejak beberapa hari lalu. UMW Toyota Motor mensasarkan untuk menjual 1,400 unit Fortuner menjelang akhir tahun ini.

Anda boleh memilih daripada enam warna seperti perak, kelabu, hitam, gangsa dan putih.

Share this post

scroll to top