Buletin

Toyota FT86 Open Concept

Toyota 86 tanpa bumbung ini menjadi antara model yang mendapat perhatian meluas pada Geneva Motor Show 2013.

Geneva Motor Show 2013 menyaksikan Toyota mencuri tumpuan menerusi model sport GT86. Tetapi kali ini, model tersebut hadir tanpa bumbung dan dikenali sebagai FT86 Open Concept. Kereta konsep itu sebenarnya dibina bagi mengukur reaksi orang ramai sebelum membolehkan pembinaan model GT86 sport coupe versi cabriolet dilaksanakan.

Jentera dengan bumbung jenis soft-top itu mengekalkan konfigurasi tempat duduk 2+2 dengan ruang kargonya hanya menerima kesan minimum.  Demi menjadikannya lebih istimewa, ia hadir bersama satu skim warna khas iaitu putih dan biru navi (pada bumbung) yang direka oleh pihak Toyota Boshoku Milan Design (TBMD) di Milan, Itali.

Toyota-FT86-Open-Concept-3

FT86 Open Concept menggunakan rangkaian kuasa yang sama seperti model GT86. Kuasanya masih dijana oleh unit enjin Boxer aspirasi biasa bersesaran 1,998cc yang dipadankan bersama transmisi manual atau automatik enam kelajuan. Tidak ketinggalan, teknologi pancitan terus Toyota iaitu D-4S.

Jentera tersebut mempunyai titik graviti yang rendah. Sistem suspensinya terdiri daripada topang MacPherson pada roda hadapan. Sementara roda belakangnya menggunakan sistem suspensi jenis double wishbone. Padanan tersebut memberikan rasa pengendalian yang mantap, maklum balas serta-merta dan mudah dikawal.

Toyota-FT86-Open-Concept-4

Toyota bagaimanapun telah mengenal pasti beberapa bahagian yang memerlukan penilaian semula kejuruteraan. Ini kerana reka bentuk cabriolet sememangnya memberi impak kepada aspek prestasi, ketegaran tubuh kenderaan, keseimbangan, berat dan aerodinamik.

Namun, Toyota berjanji bahawa model tetap memiliki pemanduan dinamik sebuah GT86 bersama tarikannya yang tersendiri. – Newspress

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Toyota-FT86-Open-Concept-6Toyota-FT86-Open-Concept-7Toyota-FT86-Open-Concept-8Toyota-FT86-Open-Concept-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button