TOYOTA GT86 ENJIN FERRARI V8 – TOYORARI “4586”- (+VIDEO)

SHARE

Apakah projek salin enjin paling gila pernah anda lihat? EX5 enjin Lifan? Tiara enjin VR4? Bukan. Ini  mungkin yang paling kejam pernah dibuat dalam dunia kejuruteraan automotif moden. Toyota 86 dengan enjin V8 Ferrari 458.

86 enjin V8 (1)

Projek ini dilakukan oleh satu pasukan kejuruteraan gila yang diketuai oleh pelumba drift profesional Ryan Tuerck dari Amerika Syarikat. Idea ini timbul beberapa bulan lepas dan projek ini masih berjalan seperti yang dirancang.

86 enjin V8 (3)

Ryan Tuerck jangkakan ia akan siap sepenuhnya menjelang Oktober kerana kerja fabrikasi yang sangat rumit. Ia perlu perincian yang teliti supaya kuasa dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pengendalian juga jadi satu isu yang kritikal.

Sila tonton video di bawah, ini adalah peringkat awal. Boleh nampak betapa sukarnya memuatkan enjin bentangan V8 ini ke dalam ruang yang cukup sempit. Perhatikan liang intake yang agak pelik sebab kedudukannya yang “terbalik” berbanding posisi enjin tengah dalam kereta Ferrari.

 

Share this post

scroll to top