TOYOTA GT86 INITIAL D, SELAMAT KEMBALI FUJIWARA TAKUMI!

SHARE

Toyota memang patut ucap terima kasih pada Suichi Shigeno yang menghasilkan komik manga Initial D. Ia kemudiannya diterjemahkan menjadi animasi yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Jalan cerita ringkas yang membawa ikon Toyota AE86 Levin/Trueno itu jugalah yang menghasilkan GT86 hari ini.

Toyota GT86 Initial D (1)

Bagi mereka yang ketinggalan kapal, Initial D memaparkan watak Fujiwara Takumi yang ditugaskan oleh bapanya menghantar tauhu. Disebabkan kedai mereka terletak di kawasan pergunungan (Bukit Akina), Takumi belajar cara memandu dengan teknik drifting. Ia menjadi sangat popular dengan kemunculan rangkaian kereta model 90-an yang penting seperti RX-7, Skyline, Supra, Civic EK dan Proton Tiara. OK, Tiara tu tipu.

Toyota GT86 Initial D (6)

Toyota UK mengambil inisiatif menghasilkan sebuah model replika konsep Initial D tadi dengan menggunakan khidmat artis manga Sonia Leong. Sonia menggunakan latarbelakang asal komik tanpa warna yang cuba mengembalikan semula nilai abstrak pada ikon tersebut.

Toyota GT86 Initial D (7)

Sebuah pasukan khas bertanggungjawab menghasilkan semula replika ini untuk tujuan pameran automotif sekitar Britain. Tidak seperti model-model tuning yang menggunakan jenama “in-house” seperti Modellista, Tom’S dan TRD, GT86 ini dihasilkan dengan konsep hampir sama dengan AE86 Takumi menggunakan peralatan aftermarket.

Toyota GT86 Initial D (5)

Ia menggunakan tema warna “panda” hitam putih bersama pelekat sisi “Kedai Tauhu Fujiwara”. Kemudian dipasang dengan rim RS Watanabe 17 inci, ekzos Fujitsubo, suspensi TRD, ekzos Fujitsubo dan bar penstabil Cusco.

Toyota GT86 Initial D (4)

Kereta moden dengan mudflap? Ya. Ia dipasangkan agar kelihatan sama dengan AE86. Selain itu, bonet depan menggunakan jenis gentian karbon untuk mendapatkan efek hitam. Begitu juga dengan pemegang pintu dan pelindung cermin sisi. Tak dilupakan, lampu sorot depan Cibie dengan pencahayaan kuning. Memang Olskool!

Toyota GT86 Initial D (3)

Jauh di sudut dunia permotoran Jepun, Initial D memiliki pengaruh yang cukup besar. Ia mengembangkan sukan drifting, menghasilkan permainan arked yang sangat popular, animasi dan filem. Ia adalah lambang kejayaan sektor automotif Jepun dan realiti dunia “jalanan” yang sebenar. Sedih juga bukan Toyota Jepun yang buat replika ni.

(Visited 524 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top