Buletin

TOYOTA HILUX BLACK RALLY EDITION – BANYAK AKSESORI TRD, TAPI ENJIN MASIH TIDAK POWER MACAM RANGER

TRD semakin diminati oleh penggemar Toyota. Sebab itulah model sedan seperti Camry dan Avalon turut dipasang dengan bodtkit dan suspensi daripada Toyota Toyota Racing Development tersebut.

Selain di luar negara, permintaan model TRD untuk pasaran tempatan Jepun (JDM) juga dilihat semakin meningkat.

Buktinya ialah Hilux Black Rally Edition ini yang sarat dengan aksesori TRD. Bakal menemui pengunjung Tokyo Auto Salon 2019, trak pikap tersebut mengikut jejak langkah model Hilux GR Sport dari Brazil.

Cuma kali ini, ia dilengkapi skit plate, ekzos berkembar dengan kemasan krom, sports bar dan lampu kabus bersama perumah berwarna merah.

Pelekat pada badan, pemijak sisi dan rim aloi jejari berkembar berwarna hitam turut dipasang. Selain pelindung lumpur TRD dan tayar AT Dunlop Grandtrek.

Hadir dalam varian dua atau kabin tunggal, Hilux Black Rally Edition dikuasakan oleh enjin 2GD-FTV bersesaran 2.4 liter. Enjin dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan itu mampu menjana kuasa mencecah 150PS dan tork 400Nm.

Sudah memasuki generasi kelapan, Hilux dikilangkan di kemudahan Toyota di Thailand, Argentina, Pakistan dan Afrika Utara. Dengan model facelift telah diperkenalkan sewaktu acara Thailand International Motor Expo 2017, generasi kesembilan Hilux dijadual diperkenalkan pada tahun 2020.

Google ads
Back to top button