Buletin

TOYOTA JENAMA AUTOMOTIF PALING BERNILAI

Biarpun diselubungi kontroversi penarikan semula kenderaan berjumlah jutaan unit di seluruh dunia, pengeluar kenderaan berpengaruh dari Jepun, Toyota dilihat terus berjaya mengekalkan kedudukannya selaku jenama automotif paling bernilai.

Toyota-No-1-brand-mekanika (2)

Menurut laporan 100 Jenama Global Paling Bernilai oleh pihak BrandZ™, Toyota dikatakan bernilai AS$28.9 bilion (RM106 bilion). Ia juga tidak berganjak daripada kedudukan 30 jenama teratas dalam ranking semua sektor.

Dalam tempoh sepuluh tahun laporan BrandZ™ dikeluarkan, Toyota telah dinobatkan sebagai jenama peneraju untuk sektor automotif sebanyak lapan kali dan dua kali berada di tempat kedua. Pencapaian yang sememangnya cukup mengagumkan.

Berdasarkan kepada laporan tersebut, biarpun beberapa jualan automotif di beberapa rantau menyaksikan pertumbuhan, tetapi tetap rendah di kebanyakan pasaran. Ini sekali gus memberi impak kepada nilai kebanyakan jenama.

Toyota-No-1-brand-mekanika (3)

Kontrasnya, jualan global Toyota pada tahun 2014 meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada 10.2 juta unit.

Laporan itu turut memperincikan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh industri automotif. Ini termasuklah kesukaran untuk membezakan rangkaian produk dan golongan muda semakin kurang berminat memiliki kenderaan.

Laporan tersebut disahkan oleh WPP. Ia dijalankan oleh Millward Brown Optimor yang membuatkan kaji selidik melibatkan kira-kira dua juta pengguna di lebih 30 buah negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button