Buletin

TOYOTA KINI DI SETIA ALAM

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW), pengedar rasmi jenama Toyota di Malaysia mengumumkan pembukaan pusat Toyota 3S (jualan, servis, alat ganti) di Setia Alam, Selangor.

TOYOTA-SHOWROOM-SETIA-ALAM-MEKANIKA (2)

Dikendalikan oleh  Fokus Tetap Sdn Bhd (Fokus Tetap), pusat 3S bernilai RM24 juta itu berkeluasan 42,000 kaki persegi. Dibina di atas tanah seluas dua ekar, pusat berkenaan dilengkapi 16 ruang servis yang mampu menyelenggara 70 kenderaan pada satu-satu masa.

Demi keselesaan pelanggan, Fokus Tetap menyediakan lounge menunggu dengan kemudahan wifi percuma, minuman serta makanan. Manakala ruang pameran pula mampu menempatkan enam kenderaan terkini Toyota.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata Fokus Tetap telah menjadi rakan perniagaan selama 12 tahun dengan permulaan sebagai pusat jualan di Prima Damansara.

“Kini mereka telah berkembang dan berpindah ke cawangan lebih besar  bagi menyediakan perkhidmatan lebih komprehensif di Setia Alam dan kawasan sekitarnya,” kata Ismet.

Fokus Tetap terletak di No 2A, Jalan Setia Murni, AH U13/AH, Seksyen U13, Shah Alam Selangor. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-33440908 (jualan) atau  03-33449080 (servis).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button