TOYOTA LABUR AS 1 BILION DALAM GRAB!

SHARE

Dalam persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri tiba pula satu berita menarik. Menurut portal theedgemarkets.com pada 13 Jun, Toyota Motor Corp. telah bersetuju untuk membeli pegangan berjumlah AS 1 bilion dalam syarikat e-hailing Grab.

Pelaburan itu merupakan jumlah terbesar syarikat automotif dalam syarikat e-hailing setakat ini. Trend industri juga menunjukkan syarikat automotif semakin giat bersaing untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi disruptif.

Berikut ialah laporan theedgemarkets.com tentang kerjasama ini:

  • Grab baru sahaja berusia enam tahun
  • Pelaburan terbaru ini menjadikan nilai Grab melebihi AS 10 bilion
  • Syarikat General Motors telah melabur dalam syarikat khidmat pengangkutan Lyft yang merupakan pesaing Uber di AS
  • Selain Grab, Toyota turut melabur dalam Uber
  • Softbank Group Corp yang merupakan firma dari Jepun memaklumkan pada bulan lepas mereka akan melabur sebanyak AS 2.5 bilion dalam unit kenderaan autonomi GM iaitu Cruise
  • Bahagian pelaburan Toyota telah melabur dalam Grab pada tahun lalu dalam jumlah yang tidak dinyatakan
  • Sebelum ini Grab telah membeli operasi Uber di Asia Tenggara dengan jumlah penduduk seramai 640 juta orang 
  • Mengikut Grab, jumlah penggunaan hariannya adalah sebanyak enam juta sehari
  • Lebih dari 100 juta aplikasi Grab telah dimuat turun ke telefon pintar
  • Grab turut menawarkan khidmat lain seperti penghantaran makanan dan pembayaran digital
  • Pelaburan terbaru ini akan digunakan untuk membesarkan lagi dua cabang bisnes di rantau ini
  • Toyota akan menghantar wakil ke dalam lembaga pengarah dan juga sepasukan pegawai pinjaman ke Grab
  • Toyota mahu menawarkan khidmat insuran dan penyelenggaraan kepada pemandu Grab berdasarkan data yang dikumpul dari alat perakam yang telah dipasang pada sesetengah kenderaan Grab
  • Selain Toyota, beberapa syarikat lain yang turut melabur dalam Grab ialah Honda Motor Co Ltd, Hyundai Motor Co dan syarikat e-hailing China, Didi Chuxing
  • Uber telah membeli 27.5% pegangan dalam Grab sebagai pertukaran kepada pemberhentian operasi bisnes di Asia Tenggara pada awal tahun ini
  • Pesaing utama Grab kini ialah syarikat Indonesia iaitu Go-Jek yang mengumumkan akan melabur sebanyak AS 500 juta bagi membesarkan perniagaannya di luar negara

Apabila Toyota dah mula masuk ‘game’ ini maka kita perlu membuka mata dengan lebih luas. Ini adalah sesuatu yang baru dan nampaknya Toyota sudah membuat langkah pertama dengan jelas dan ia perlu dilihat dengan lebih mendalam.

Pengeluar manakah yang bakal mengikut jejak langkah ini? Honda? Nissan? Menarik.

Share this post

scroll to top