Artikel PilihanBuletin

TOYOTA LANCAR AURIS HYBRID DAN PAKEJ 120T DI JEPUN

Toyota baru sahaja melancarkan model hatchback Auris Hybrid dan pakej 120T di pasaran Jepun.

Toyota-Auris-hybrid-japan-mekanika (4)

Untuk makluman, Toyota Auris ialah versi hatchback untuk model Corolla. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan berkongsi platform E150 Corolla. Generasi pertama Auris dipanggil sebagai Toyota Blade.

Sebelum ini, Toyota tidak menjual Auris di Jepun kerana ia sudah menawarkan model Prius dan Prius C di sana.

Toyota-Auris-hybrid-japan-mekanika (6)

Auris Hybrid dijana oleh enjin bersesaran THS II 1.8 liter, sama seperti yang ada pada Prius. Menerusi gabungan motor elektrik, ia mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 30.4km bagi setiap liter petrol.

Model tersebut ditawarkan pada harga 2.6 juta yen (RM93,000) seunit. Dengan penambahan harga sebanyak lapan peratus lagi, pelanggan boleh membeli Hybrid G Package yang merupakan kemasan trim sama seperti di pasaran Eropah.

Toyota-Auris-hybrid-japan-mekanika (2)

Toyota juga memperkenalkan pakej 120T RS. Model itu dikatakan mengambil bodykit yang dibuat untuk Scion iM di pasaran Amerika. Ia hadir dengan bampar hadapan, spoiler, skirt sisi dan peresap udara untuk tampil lebih sporty.

Varian 120T dilengkapi enjin dengan sistem pengecas turbo bersesaran 1.2 liter yang dipadankan bersama kotak gear CVT.

Google ads
Back to top button