Buletin

TOYOTA LERINA – CAMPER VAN CUSTOM OLEH WELLHOUSE LEISURE

Di pasaran Eropah, kalau sebut sahaja pasal camper van, Volkswagen California sentiasa menjadi pilihan.

Kini, Toyota dilihat cuba untuk mencuri sedikit kek pasaran tersebut menerusi model Lerina. Dibina berasaskan kepada van Proace terbaharu dan Citroën SpaceTourer Campster ia bukanlah dihasilkan dari kilang oleh Toyota.

Sebaliknya, Lerina dibina oleh firma Wellhouse Leisure. Tetapi, apa yang menariknya, ia boleh ditempah secara langsung di sembilan pengedar Toyota di England, Wales dan Scotland. Harganya tidak murah, sekitar £42,000 (RM229,400) seunit.

Nama Lerina itu diambil sempena kepulauan Lerins di French Riviera, satu kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah. Van ini memaksimumkan setiap inci yang ada.

Ia dilengkapi bumbung yang boleh dinaiikan. Dua tempat duduk di hadapan boleh dipusing menghadap penumpang. Manakala bangku di belakang boleh ditukar menjadi katil dan ditolak ke hadapan untuk menawarkan ruang lebih ruang.   

Proace itu juga boleh dipasang dengan sebuah tangka air, bilik air mudah alih, sinki, dapur gas, peti sejuk 25 lieter dan dapur kecil. Sebuah panel solar 100W, lampu ambien LED dan pemanas 2.2kW untuk kegunaan musim sejuk turut dipasang.

Jentera tersebut digerakkan oleh enjin diesel bersesaran 2.0 liter. Versi asas berkuasa 120hp dan dipadankan dengan kotak gear manual. Sementara versi lebih berkuasa iaitu 180hp menggunakan transmisi automatik.  

Sama seperti sebuah kereta, Lerina dipasang dengan cermin sisi boleh lipat, paparan multi-info TFT, naviagasi, kawalan jelajah, pendingin hawa, digital radio DAB dan rim bersaiz 17 inci.

Google ads
Back to top button