Buletin

TOYOTA SUPRA TARGA TAHUN 1994 CECAH HARGA BIDAAN RM373K – KONDISI MEMANG A

Sebuah Toyota Supra Targa buatan tahun 1994 yang hanya mencatat perbatuan sejauh 11,265km sudah mencapai harga bidaan sebanyak AS$90,000 (RM373,000).

Harga setinggi itu dicapai selepas cuma dua hari ditawarkan di laman web lelongan terkenal di Amerika Syarikat, Bring A Trailer. A80 Supra generasi keempat itu mengunakan khidmat enjin 2JZ-GTE bersesaran 3.0 liter yang dijaga dengan cukup baik.

Enjin enam sebaris itu mampu menghasilkan kuasa 320hp dan tork 427Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan manual yang menyalurkan kuasa ke roda belakang menerusi Torsen limited-slip differential.

Kereta itu mula dicagar pada tahun 1994 di Florida, sebelum dibawa ke Pennsylvania lima tahun kemudian sebelum pencagar membelinya.

Pengedar kereta ini membelinya sekitar 20 bulan lalu dan tidak membuat sebarang penambahbaika, selain daripada menukar minyak enjin.

Jika dilihat dengan teliti, Supra ini masih dipasangan spoiler asal dan panel bumbung aluminium yang boleh dibuka.

Bahagian dalam pula menyaksikan tempat duduk kulit berwarna cerah, karpet lantai, suis cermin kuasa dan cermin masih dalam keadaan baik. Tidak ketinggalan ialah pemain CD/kaset original Toyota.

Laporan yang disediakan oleh pengedarnya, Carfax mendapati Supra ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana kemalangan dan nombor sirinya adalah betul.

Nampaknya harga Supra memang tidak pernah jatuh. Memang untung siapa yang ada kereta ni.

Google ads
Back to top button