TOYOTA SUPRA V12 TOP SECRET AKAN DILELONG – SUPERCAR KILLER DENGAN KELAJUAN MAKSIMA 357 KM/J!

SHARE

Menjelang Tokyo Auto Salon (TAS2018), sebuah syarikat lelongan yang bernama BH Auction akan menawarkan sebuah Toyota Supra keluaran tahun 1994 untuk dilelong. Ia merupakan sebuah Toyota Supra yang telah diubahsuai sepenuhnya. Menariknya ia bukan diubahsuai oleh Ah Beng, Tajul ataupun Moorty, ini kerana ia merupakan Supra berwarna emas yang cukup popular dan dimiliki oleh syarikat tuner tersohor di Jepun, Top Secret.

Fakta paling menarik tentang Supra ini tentulah enjin yang telah digantikan dengan enjin V12. Ini dah kira memasuki jajahan Lamborghini, Ferrrari dan Aston Martin. Adakah ia disalin dengan enjin keluaran Mat Salleh yang disebutkan tadi?

Jauh sekali kerana enjin 5.0-liter V12 yang digunakan oleh Supra ini dibangunkan sendiri oleh Toyota dan sebelum ini digunakan untuk model Toyota Century lama, satu-satunya sedan mewah yang dibangunkan Toyota untuk pasaran Jepun.

Modifikasi yang dijalankan oleh Top Secret tidak terhad kepada penukaran enjin sahaja tetapi berterusan dengan pemasangan sepasang pengecas turbo baru, sistem NOS dan komponen dalaman enjin ditukar kepada yang lebih tahan lasak.

Secara total kereta ini kini mempunyai 930 hp kuasa dan lebih 1000 Nm tork. Dan kesemua kuasa tersebut disalurkan ke tayar belakang dengan kotak gear manual 6-kelajuan.

BACA: NISSAN 350Z THE FAST & THE FURIOUS – TOKYO DRIFT DIJUAL PADA HARGA RM545K

Selain dari naik taraf pada enjin, Supra ini dilengkapkan dengan bodykit yang menghilangkan terus rupa Supra dilihat dari hadapan. Tapi bahagian belakang masih dikekalkan cuma lampu belakang digantikan versi LED.

Kuasa enjin baru ini memang terbukti menjadikan Supra ini sangat istimewa dan laju sebagai pelengkap pakej. Pemilik Top Secret, Smokey Nagata pernah membawa kereta ini ke litar Nardo di Itali untuk menguji kelajuannya. Kelajuan tertinggi yang berjaya dicatat ialah 357 kilometer sejam!

BH Auction tidak menyatakan berapa harga rizab untuk Supra Top Secret ini. Kami pun tak jamin ia akan dilelong dengan harga murah jadi memandangkan masa ada lagi dalam sebulan, bolehlah mula menabung ataupun fikir cara-cara nak dapat duit lebih.

GALERI:

Share this post

scroll to top