Buletin

TOYOTA TACOMA, INI HILUX DI AMERIKA SYARIKAT

Toyota adalah sebuah pikap yang popular. Pikap ini boleh didapati di pelbagai benua dari Afrika hingga ke Asia.

Namun satu perkara yang menarik perhatian ialah pikap ini tidak dijual di Amerika Syarikat.

Ini bukan perkara luar biasa kerana sebuah lagi pikap popular iaitu Ford Ranger dihentikan penjualannya pada tahun 2011. 

Tidak dijual bukan bermakna tiada langsung, Hilux dijual di AS sejak tahun 1969 sebelum digantikan dengan Tacoma bermula pada tahun 1995.

Di AS, Tacoma bersaing dengan pelbagai model seperti Honda Ridgeline, Chevrolet Colorado, GMC Canyon dan Nissan Frontier (Navara lama).

Segmen pikap sederhana semakin menarik tahun ini apabila Ford menawarkan semula Ranger (T6) pada Oktober tahun lalu.

Supaya kekal menarik di mata pengguna, Toyota telah melancarkan Tacoma terbaru di Pameran Kenderaan Chicago pada 7 Februari 2019.

Satu fakta penting ialah Tacoma merupakan pikap saiz sederhana terlaris 14 tahun berturut-turut dan takhta itu perlu dipertahankan.

Toyota Tacoma 2020 (pasaran AS guna terma setahun lebih awal) hadir dengan gayaan baharu, tambahan fungsi multimedia, lebih keselesaan dan kemudahan dan tambahan teknologi off-road untuk varian TRD Pro.

Reka bentuk generasi ketiga Tacoma sebenarnya diilhamkan daripada trak perlumbaan padang pasir dan suatu yang wajib ialah tahan lama dan lasak, sinonim kepada jenama Toyota.

Berikut ialah ciri-ciri Toyota Tacoma 2020:

  • Enam varian, SR (untuk kerja), SR5 (gaya dan nilai), TRD Sport (kembara), TRD Off-Road dan TRD Pro (paling premium)
  • Rekaan gril dan roda baharu mengikut varian
  • Kerusi pemandu dengan sepuluh larasan elektrik dengan sokongan pinggang untuk varian SR5 ke atas
  • Sistem multimedia dengan sambungan Android Auto, Apple CarPlay dan Amazon Alexa
  • Hilux SR dengan skrin sentuh 7-inci dan SR5 ke atas dengan skrin sentuh 8-inci
  • Lampu LED baharu pada bahagian kargo
  • Dua pilihan enjin iaitu 2.7 liter DOHC 159 hp dan tork 244 Nm dan 3.5 liter V6 278 hp dan tork 359 Nm
  • Kedua-dua enjin dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik kawalan elektronik (ECT-i). Enjin V6 juga boleh dipilih dengan transmisi enam kelajuan manual.

Tacoma dikeluarkan di Kilang Pengeluaran Toyota Motor, Texas (TMMTX) dan Kilang Pengeluaran Toyota Motor, Baja, California (TMMBC).

Harga Toyota Tacoma (2018) bermula dari USD 25,550 atau RM 104,121.

*1 USD = RM 4.07

BACA: KENALI VOLKSWAGEN TARO – TOYOTA HILUX DENGAN LENCANA VW

BACA: TOYOTA HILUX “Z BLACK RALLY EDITION”. MAAF, UNTUK JEPUN SAHAJA

Google ads
Back to top button