Buletin

TOYOTA VIRA

Jentera konsep pelik yang dinamakan sebagai Vira ini adalah model terkini dari Toyota. Ia bakal dipamerkan pada Tokyo Auto Salon 2016.

toyota-vira-mekanika (1)

Menerusi siaran akhbar ringkas yang dikeluarkan, Toyota menyatakan crossover dua pintu berkenaan adalah gabungan antara ViTZ (dikenali sebagai Yaris di pasaran lain) dan RAV4.

Malah nama jentera konsep berkenaan adalah kombinasi nama kedua-dua model itu. Iaitu perkataan Vi daripada Vitz dan RA daripada RAV4.

Secara fizikal, Toyota Vira digambarkan sebagai jentera bergaya tetapi memiliki praktikaliti sebuah SUV. Elemen sporty dapat dilihat menerusi kit badan yang diketengahkan.

Penampilan dinamik bakal menarik perhatian golongan lebih muda-  berbeza dengan RAV4.

Ukuran jentera ini kemungkinan akan mirip dengan Mazda CX-3, iaitu segmen yang tidak dimiliki oleh Toyota.

Uniknya, Toyota Vira dibangunkan oleh Toyota Industries Corporation, anak syarikat Toyota Motor Corporation.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button