BuletinMotosikal

TRIUMPH LANCAR SPEED TRIPLE S & RS 1050- LEBIH SEKSI, LEBIH PANTAS!

Liga motosikal naked sebenarnya telah mencuri tumpuan dunia apabila Triumph memperkenalkan dua varian ini, Street Triple dan Speed Triple pada awal milenia. Street Triple telah mengungguli dunia kelas middleweight naked yang selama ini dianggap payah untuk menghasilkan jentera yang sempurna.

Resepi enjin tiga selinder tersebut ternyata menyelamatkan syarkat British ini dalam industri motosikal. Street Triple diundi sebagai motosikal terbaik dan setiap kali kemaskini dilakukan, ia masih menang meninggalkan pesaingnya di belakang.

BACA: TRIUMPH STREET TRIPLE 765 MOTOR TERBAIK 2017

Ia juga “memaksa” Yamaha menghasilkan MT-09 dan MV Agusta hadir dengan idea enjin tiga selinder serupa. Namun apa yang pasti, Street Triple bukan sahaja melahirkan sebuah motosikal yang berkuasa, ia hadir dengan pakej pengendalian yang bagus- maksud kami sangat bagus. Model terbaru Street Triple 765 sekali lagi diundi sebagai motosikal terbaik dunia pada 2017.

Ini pula ialah Speed Triple, kelas lebih tinggi dengan enjin 1050cc yang telah diperbaharui untuk tahun 2018. Ia telah diperkenalkan kepada dunia buat pertama kalipada 2005 diperbaharui dengan drastik pada 2011 kemudian sedikit perubahan kosmetik pada 2014 dan 2016.

Menurut Triumph, walaupun masih mengekalkan kapasiti 1050cc, model 2018 ini menerima lebhi 105 bahagian enjin yang baru. Ia termasuklah crank gear baru yang lebih ringan, dinding selinder diselaputi nikasil-aluminium, motor penghidup lebih kecil, bateri dan alternator yang lebih ringan.

Profil omboh dan kepala selinder juga telah ditentukur semula dengan port keluaran ekzos yang dipertingkatkan serta nisbah mampatan yang telah bertambah untuk menghasilkan kuasa yang lebih baik pada putaran enjin rendah.

Mungkin ramai yang menyangka Triumph akan tingkatkan kapasiti kebuk pembakaran. Logiknya, pesaingnya Tuono V4 kini sudah 1100cc dan KTM Superduke kini 1290cc.

Namun Triumph percaya, kegunaan kuasa sebenar bagi motosikal ini ialah pada RPM rendah dan sederhana. Justeru mereka memfokuskan kepada dinamik kuasa untuk memastikan pencutannya linear tetapi padu. Maksudnya, pendikit sentiasa “menyimpan” kuasa apabila diperlukan pada mana-mana lengkok RPM.

Bagi memastikan kemaskini pada pengendaliannya sejajar dengan kuasa, Triumph membekalkan model 2018 ini dengan slip-assist clutch untuk mengelakkan chatter berlebihan ketika putaran enjin tinggi dan gear rendah diturunkan mendadak. 

Jadi apa bezanya Speed Triple S dengan RS?

Versi RS lebih premium dengan fungsi keyless dan dipadankan dengan suspensi dari Ohlins. Di bahagian hadapannya menggunakan Ohlins NIX30 upside-down fork dan Öhlins TTX36 twin tube di bahagian belakang. Versi RS juga mendapat cawling radiator dari bahan gentian karbon.

Versi S pula menggunakan suspensi Showa dengan konfigurasi bolehlaras 43mm USD di hadapan dan monoshock di belakang. 

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”147″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button