Buletin

TUN M DILANTIK PENGERUSI PROTON!

Berita yang menjadi trending dalam industri automotif negara sekarang patinya laporan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamed bakal dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton).

SONY DSC

Tun Dr. Mahathir yang sehingga kini merupakan Penasihat kepada pengeluar kereta nasional itu mengesahkan berita tersebut semalam. Laporan media juga menyatakan bahawa beliau akan dilantik sebagai Pengerusi anak syarikat milik penuh Proton, Lotus Plc.

Pengumuman rasmi mengenainya dijangka dibuat pada hari ini.

SONY DSC

Perkembangan yang tidak disangka-sangka itu dilihat sebagai langkah radikal DRB-Hicom Berhad untuk mentransformasikan pengurusan Proton. Pelantikan Tun Mahathir dibuat berikutan figura itu memang memiliki pengetahuan luas dalam industri automotif. Di samping mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan.

“Rancangan saya adalah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya,” kata Tun Mahathir  kepada sekumpulan wartawan pada majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kepimpinan Tahunan Perbankan Asian semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kedudukan Pengerusi Eksekutif Proton sekarang, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berikutan pelantikannya itu.

Tun-M-Pengerusi-Proton-Mekanika (1)

DRB-Hicom mengambil alih Proton pada tahun 2012. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Proton dilihat mengalami kemerosotan yang agak ketara. Kemerosotan itu disumbang oleh beberapa faktor seperti liberalisasi pasaran, harga model jenama asing yang kian kompetitif, persaingan hebat daripada Perodua serta kajian semula Dasar Automotif Nasional.

Berbanding zaman kegemilangannya yang bermula pada pertengahan tahun 1980-an, Proton menguasai 85 peratus pasaran domestik. Kini penguasaan Proton hanya sekitar 22 peratus dengan jumlah eksportnya langsung tidak membanggakan.

SONY DSC

Sedia maklum bahawa Tun Mahathir ialah individu penting dalam penubuhan Proton pada tahun 1983. Justeru, ‘Bapa Proton’ ini mahu melihat Proton menjadi sebuah pengeluar kereta berjaya sebagaimana yang direncanakannya selama ini.

Apa yang pasti, perkembangan Proton akan diekori rapat oleh seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya, mampukah Proton kembali bangkit? Hanya masa akan menentukannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button