TUN MAHATHIR PANDU UJI SUV PERTAMA PROTON – SABAR, TAK LAMA DAH NI

SHARE

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah memandu uji model SUV pertama Proton yang dibina berasaskan kepada model Geely Boyue. 

Sesi pandu uji ringkas itu dibuat ketika Tun Mahathir menerima kunjungan daripada wakil DRB-HICOM dan Geely Group di pejabat beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju PROTON selepas sebahagia besar sahamnya dibeli oleh Geely tahun lalu. 

Dalam foto yang dirakam oleh laman Facebook Kelab Che Det itu, jelas kelihatan bahawa SUV tersebut merupakan model pemanduan sebelah kanan. Sebagaimana yang kita tahu, Boyue yang laris di pasaran China ialah model pemanduan sebelah kiri. 

Perkembangan positif ini mungkin memberi maksud bahawa PROTON sudah berada di peringkat akhir untuk memasarkan SUV pertamanya itu ke pasaran tempatan. 

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong memberitahu SUV Proton aitu bakal kan dilancarkan seawal penghujung September atau selewat-lewatnya pada awal Oktober tahun ini.

BACA: SUV PROTON BOYUE AKAN DILANCARKAN SELEWAT-LEWATNYA OKTOBER 2018 

SUV ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh pengguna tempatan kerana kenderaan sebegini sudah menjadi trend di seluruh dunia. 

 Fasa pertama pemasaran bakal menyaksikan Boyue diimport sepenuhnya China, sebelum ia dipasang sendiri oleh PROTON di kilangnya di Tanjung Malim. 

Boyue dijangka menerima sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia. Justeru, PROTON berjanji untuk membekalkan SUV tersebut secukupnya kepada pembeli. 

Saya sendiri pernah memandu uji Boyue di kilang Geely di Baoji, Xi’an, China. 

Baca laporannya di sini: PANDU UJI: GEELY BOYUE – KENAPA SUV INI BEGITU MEYAKINKAN?

kredit foto: Facebook Kelab Che Det 

Share this post

scroll to top