TURKMENISTAN HARAMKAN KERETA BERWARNA HITAM – SEBAB PRESIDEN TAK SUKA

SHARE

Dalam dunia memang ada banyak undang-undang atau peraturan yang pelik. Baru-baru ini, satu larangan baru di Turkmenistan membuatkan ramai yang ternganga seperti tidak percaya.

Negara itu kini mengharamkan kereta berwarna hitam sepenuhnya di ibu negaranya, Ashgabat. Nama bandar pun dah macam dalam filem Thor.

Apa alasan atas pengharaman kereta hitam tersebut? Dilaporkan bahawa Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow tidak sukakan warna hitam. Jadi beliau mengarahkan tiada kereta hitam boleh dipandu di negara itu. Peh.. macam tu pun boleh..  

Isuzu Dmax Desktop

Lebih mengejutkan, ramai pemilik kereta berwarna hitam menyatakan kereta mereka hilang. Ingatkan dicuri, tetapi sebenarnya ditunda oleh pihak polis dan diletakkan di kawasan sitaan.

Untuk mendapatkan kembali kereta, pemilik perlu menandatangani satu dokumen yang menyatakan persetujuan mengecat semula kereta dengan warna lebih cerah. Lebih cerah lebih bagus.

Kalau hendak dapat poin lebih banyak, cat sahaja kereta dengan warna kegemaran Berdimuhamedow iaitu putih. Apa yang membuatkan pemandu di sana semakin sakit hati ialah kos untuk mengecat kereta telah meningkat satu kali ganda daripada AS$500 (RM2,000) menjadi AS$1,000 (RM4,000).   

Sebenarnya, pengharaman kereta berwarna hitam telah dikuatkuasakan sejak tahun 2015 lagi. Tetapi pada ketika itu, larangan itu hanya dikenakan kepada kereta import.

Bukan sekadar kereta berwarna hitam, tinted pun sudah diharamkan sejak tahun 2014 lagi. Bertabah sahaja lah..

Share this post

scroll to top