UJIAN DYNO HONDA CBR250RR VS KAWASAKI NINJA 250 2018 – SIAPA YANG LEBIH POWER?

SHARE

Umum mengetahui bahawa pasaran sportbike motosikal suku liter kini didominasi empat model “Big Four” Jepun. Kawasaki menjadi peneraju dengan model Ninja 250, CBR dengan 250RR ,Yamaha menerusi R25 dan Suzuki dengan GSX 250R.

Apabila melihat keempat-empat model ini secara keseluruhan, ternyata CBR250RR unggul dengan spesifikasi paling canggih. Dari penggunaan suspensi USD, mod pemanduan, ekzos peredam berkembar, instrumentasi digital dan kerangka yang dibina serba baru. Ia juga dipadankan dengan enjin dua selinder yang cukup berkuasa dalam kelasnya.

BACA: HONDA CBR 250RR CARBON KILLER

Namun, Kawasaki tidak mahu mengalah dalam segmen ini. Kelahiran Ninja 250 2018 bukan setakat perubahan kosmetik semata-mata. Enjinnya juga telah diperkemaskan dengan lebih baik.

Tric Star, penala motosikal dari Jepun telah mengambil inisiatif menguji sendiri keluaran kuasa dari model Kawasaki terbaru ini. Jika anda masih ingat, mereka juga telah menguji di atas mesin dyno model Honda CBR250RR pada tahun lepas.

Secara asasnya, mereka perlukan data ini sebelum membangunkan produk. Tric Star menghasilkan sistem ekzos untuk CBR250RR dan kebanyakan motosikal sub 1 liter di Jepun.

Dalam ujian tersebut, pengasasnya Ryuji Tsuruta memuatnaik hasil ujian dyno Kawasaki Ninja 250 2018 yang menunjukkan keluaran maksimum kuasa ialah 35.2hp pada putaran enjin 12,500rpm. Puncak kuasa ini kemudian menurun pada 13,800rpm.

Jika dibandingkan dengan lengkok kuasa Honda CBR 250RR, ia mencatat graf hampir sama (rujuk foto) bermula dari RPM bawah hingga ke 10,000. Begitupun, selepas putaran 10,000 keluaran kuasa Ninja 250 memuncak memintas CBR yang mencatat 33.99ps.

Jadi maksudnya apa?

Maknanya, Ninja lagi power!

Share this post

scroll to top