UJIAN TIGA PENJURU: HONDA CIVIC SPORT 1.5T, CIVIC TYPE-R & CIVIC TRACK BTCC

SHARE

Honda Civic Type R dikenali dunia kerana berjaya mencatatkan banyak rekod penting untuk kereta produksi pacuan hadapan moden.

Ia telah mencatat rekod kenderaan pengeluaran terpantas di seluruh Eropah di litar seperti Hungaroring, Estoril, Silverstone, Spa-Francorchamps dan Magny-Cours. Kini, model itu diuji sekali lagi untuk memperlihatkan prestasinya di litar Knockhill Circuit sepanjang 1.27 batu (2.045 kilometer) di Scotland.

Kali ini, ia berentap dengan Civic Sport dan Civic Type R British Touring Car (BTCC).

BACA: CIVIC FK8 CATAT 5 REKOD TERPANTAS DI EROPAH

Civic paling “ayam” dalam ujian ini ialah model Civic Sport yang didatangkan dengan enjin empat silinder turbo 1.5 liter yang menghasilkan sekitar 180 kuasa kuda dan 240Nm tork.

Type R pula kenderaan empat silinder turbocharged 2.0 liter yang menghasilkan 316 hpdi pasaran British. Jess Hawkins, pemandu aksi dari dan pengendali Honda Mean Mower di Goodwood, dipertangungjawabkan memandu model ini.

Dan yang ketiga ialah Civic Type R BTCC yang telah dinaiktaraf untuk tujuan perlumbaan. Mesin ini dikuasakan lebih 350 hp dan 400Nm tork. Kotak gear jujukan (sequuential) enam kelajuan menggantikan manual enam kelajuan versi jalan raya.

Bukan sahaja BTCC ini lebih berkuasa, malah kereta ini juga lebih ringan hampir 200 kilogram berbanding sebuah FK8R versi biasa.

Sejurus tamat perlumbaan, masa pusingan menceritakan prestasi sebenar.

Honda Civic Sport memerlukan 1: 05.45 saat untuk melengkapkan satu pusingan, Type-R mencatat 1: 01.34 sementara kereta perlumbaan BTCC memenangi masa 0: 55.65.

Ia menjadikan mesin perlumbaan tersebut 10 saat lebih cepat daripada Civic Sport dan 5 saat lebih baik daripada Type R.

 

 

Share this post

scroll to top