UMW Toyota Motor derma Hilux

SHARE

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) baru-baru ini menyumbang sebuah Toyota Hilux 2.5 liter bernilai RM84,000 kepada Malaysian Relief Agency (MRA) bagi membantu usaha bantuan kemanusiaan agensi terbabit. 

Sumbangan itu sempena meraikan ulangtahun ke-30 syarikat dan selari dengan visi Toyota untuk mengeratkan hubungan komuniti menerusi pemotoran. Majlis penyerahan dibuat di ibu pejabat MRA.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMW Toyota. Komitmen UMW Toyota terhadap aktiviti CSR bermula sejak tahun 1990 lagi.

MRA merupakan organisasi bukan kerajaan yang menawarkan bantuan kemanusiaan di Malaysia. Ia memberi maklum balas terhadap bencana alam yang berlaku di Malaysia dan luar negara.

Kami menyumbang Hilux 2.5 kerana kenderaan pacuan empat roda ini memiliki kuasa tork yang tinggi, kabin luas dan pelbagai ciri keselamatan. Ia sememangnya sebuah trak pikap yang ideal untuk digunakan di laluan mencabar.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki memberitahu pihaknya mahu menyokong usaha bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh MRA. Dengan Hilux, orang ramai yang memerlukan bantuan boleh dibantu dengan lebih pantas. Barangan keperluan juga dapat dihantar tepat pada masanya, tanpa membahayakan nyawa anggota penyelamat, walaupun terpaksa menempuh laluan sukar.

Pengerusi MRA, Datuk Dr. Abd. Razak Kechik mengakui pihaknya amat  menghargai sumbangan daripada UMW Toyota itu.

(Visited 62 times, 1 visits today)

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top