Buletin

UMW TOYOTA MOTOR PAMER MPV SIENTA

Tak ada angin, tak ada ribut, UMW Toyota Motor tiba-tiba mempamerkan MPV tujuh tempat duduk, Sienta di acara My Auto Fest 2016.

Toyota-Sienta-My-Auto-2016-mekanika (6)

Ia berlangsung mulai hari ini hingga Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Menurut salah seorang jurujual yang sempat saya tanya, Sienta akan diposisikan di antara Avanza dan Innova. Harga anggaran pula adalah sekitar RM80,000 hingga RM110,000 seunit.

Toyota-Sienta-My-Auto-2016-mekanika (7)

Toyota diperkenalkan ke pasaran Indonesia pada acara Indonesia International Motor Show pada April lalu. MPV yang dihasilkan di kilangh Toyota di Kerawang, Jawa Barat  tersebut sebelum ini pernah dilaporkan akan dieksport ke Malaysia dan Thailand.

Sienta yang ada lihat ini adalah spesifikasi paling tinggi. Ia dilengkapi dengan pintu gelongor automatik pada kedua-dua sisi. Bukan itu sahaja, Sienta dipasang dengan lampu LED di hadapan dan belakang. Selain rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.

Toyota-Sienta-My-Auto-2016-mekanika (3)

Pada bahagian kabin pula, ia hadir bersama sistem navigasi DVD-AVN dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci (pilihan mungkin). Apa pun, spesifikasi terperinci akan saya kongsikan apabila ia dilancarkan nanti.

Toyota-Sienta-My-Auto-2016-mekanika (4)

MPV ini digerakkan oleh enjin bersesaran 1.5 liter Dual VVT-i berkuasa 107PS dan tork maksimum 143Nm. Enjin yang turut digunakan pada Avanza itu akan dipadankan dengan kotak gear CVT.

Toyota-Sienta-My-Auto-2016-mekanika (9)

Macam mana, ada minat?

Google ads
Back to top button