Buletin

UMW TOYOTA MOTOR PANGGIL SEMULA TOYOTA PRIUS 1.8 – KEMAS KINI ECU, 6,160 TERLIBAT

UMW Toyota Motor, pengedar kenderaan Toyota dan Lexus semalam mengumumkan kempen servis khas (SSC) untuk mengemas kini perisian hibrid pada model Prius.

Servis tersebut dijalankan ke atas ECU yang berfungsi mengawal sistem hibrid pada varian Prius 1.8 Hybrid.

Sebanyak 6,160 unit Prius 1.8 Hybrid yang dikilangkan mulai tahun 2009 hingga 2013 dijual di Malaysia terlibat dalam panggilan semula ini. Ia merupakan inisiatif tambahan ke atas servis khas yang diumumkan pada tahun 2014.

Walaupun tiada sebarang kes dilaporkan di Malaysia, UMW Toyota Motor tetap menjalankan kempen ini bagi memastikan kenderaan pelanggan berada pada prestasi terbaik.

Syarikat akan memaklumkan pelanggan yang terlibat dan proses naik taraf adalah percuma, ia memakan masa sekitar satu jam.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat servis sah Toyota atau talian percuma Toyota: 1800-8-TOYOTA (869682). 

Google ads
Back to top button