UMW TOYOTA MOTOR UMUM ARAH TUJU BARU JENAMA TOYOTA DI MALAYSIA

SHARE

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) baru-baru ini mengumumkan arah tuju baru jenama Toyota di Malaysia.

Arah tuju tersebut dilaksanakan sebagai maklum balas kepada perubahan persekitaran perniagaan serta jangkaan pelanggan yang semakin tinggi.

“Kami faham keperluan dan jangkaan pelanggan kini semakin berkembang. Malah  kecenderungan pembeli juga telah berubah. Kami bersedia untuk memberi maklum balas sewajarnya terhadap semua perkara berkenaan,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Arah tuju itu akan memastikan Toyota terus maju ke hadapan sambil mengikuti perkembangan semasa dalam landskap industri serta permintaan semasa pasaran.

Justeru, UMWT idea dan semangat yang Iebih segar terhadap platform penjenamaan “All About the Drive”.

PUSAT 3S TOYOTA DIBUKA DI RAWANG

All About the Drive kini diterajui oleh dua janji jenama Toyota iaitu ‘menjadikan pemanduan harian Iebih menyeronokkan’, selain membuatkan barisan produk, servis dan jalinan rangkaiannya ‘Iebih dikenali’.

Toyota akan memberi nilai tambah dan barisan produk Iebih maju dengan ciri-ciri keselamatan dan perhubungan yang terkini.

Ia juga akan memastikan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota berada pada tahap yang Iebih baik dan pelanggan tidak perlu risau tentang apa-apa pun. Ini dapat direalisasikan menerusi kualiti perkhidmatan serta jalinan rangkaian Toyota.

UMW Toyota juga komited untuk menyampaikan mesej-mesej serta kreativiti serba baru melalui saluran komunikasi digital bagi mendekati golongan muda dengan Iebih berkesan. Di samping menganjurkan pelbagai aktiviti Iuar yang Iebih menarik untuk mereka nikmati.

Share this post

scroll to top