Buletin

UMWT PANGGIL BALIK VIOS, ALTIS,CAMRY DAN 86. MASALAH BEG UDARA DAN ENJIN

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia hari ini mengumumkan dua Kempen Perkhidmatan Khas (SSC) yang melibatkan penggantian inflator  beg udara model Toyota tertentu dan penggantian injap enjin untuk model Toyota 86 yang dijual oleh syarikat ini.

UMWT memberi jaminan bahawa keselamatan pelanggan mereka sentiasa menjadi keutamaan Toyota.

1. Penggantian semula Inflator Beg udara

Kenderaan yang terlibat dalam kempen ini tertakluk kepada penggantian inflator udara Takata yang pernah dibuat sekitar tahun 2013 dan 2014. Dalam kempen semasa ini, inflator beg udara akan digantikan dengan komponen inflator udara yang telah ditambah baik.

Terdapat sekitar 2400 kenderaan Toyota yang dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2003 yang terlibat. Model yang terlibat ialah;

  • Toyota Vios yang dihasilkan dari Mei hingga Julai 2003
  • Toyota Corolla Altis dihasilkan dari Julai 2001 hingga Jun 2003
  • Toyota Camry dihasilkan dari Jun 2002 hingga Mac 2003.

2. Engine valve spring untuk Toyota 86

Oleh kerana beban prestasi yang berlebihan berbanding reka bentuk spring injap dan variasi pembuatan (variasi kekuatan logam dan mikro), beban prestasi mungkin melebihi kekuatan dan memungkinkan pegas injap ini patah.

Sekiranya pegas tersebut patah, enjin tidak dapat dihidupkan dan mengakibatkan isu keselamatan yang lain

Terdapat sekitar 120 unit model Toyota 86 yang dikeluarkan dari tahun 2012 hingga 2013 terlibat di Malaysia. Tiada model Toyota atau Lexus lain yang terlibat dalam kempen panggilan semula ini.

UMWT akan memaklumkan semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasminya dan melaksanakan perkhidmatan tanpa caj kepada pemilik.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta terjejas boleh menghubungi mana-mana perkhidmatan Toyota atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik Toyota juga boleh melawat laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota menerusi pautan toyota.com.my untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat, melalui Nombor Identiti Kenderaan (VIN). Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, terdapat juga pautan ke Halaman SSC Toyota dan VIN Checker. Maklumat mengenai SSC penting lain juga tersedia halaman web.

UMWT memberi jaminan bahawa keselamatan pelanggan mereka sentiasa menjadi keutamaan Toyota.

Google ads
Back to top button