UNIT SERVIS BERGERAK MITSUBISHI – MUDAHKAN URUSAN PELANGGAN DI PEDALAMAN SARAWAK

SHARE

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini memperkenalkan Unit Servis Bergerak Mitsubishi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang tinggal di kawasan pedalaman di Kuching, Sarawak.   

“Sebagai sebahagian daripada program pengembangan perniagaan selepas jualan kami, Unit Servis Bergerak Mitsubishi pasti memberi lebih kemudahan kepada pelanggan yang tinggal jauh dari pusat servis sah Mitsubishi.

“Unit ini mampu melakukan servis sehingga 10 buah kenderaan setiap hari. Ia melibatkan penyelenggaraan berjadual, pemeriksaan aspek pakai haus komponen dan menggantikan tali sawat pemasaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

Isuzu Dmax Desktop

Unit bergerak itu dilengkapi Pengimbas Diagnostik Ujian Pelbagai Guna Mitsubishi, jek hidraulik, pemampat udara dan set kelengkapan. Ia juga membawa alat-alat ganti seperti penapis minyak, minyak enjin dan generator untuk bekalan tenaga elektrik.

Dioperasikan oleh pengedar sah Mitsubishi iaitu EON Auto Mart dan Jimisar Autotrade di Kuching, unit tersebut akan bergerak dalam jarak 150km dari Kuching ke bandar-bandar seperti Sematan, Lundu, Bau, Serian dan Simunjan. 

“Ini merupakan trak mudah alih pertama MMM. Pelanggan akan melihat lebih banyak traj seperti ini tidak lama lagi demi memberi perkhidmaan lebih baik baik kepada semua,” kata Shinnishi.

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan trak ini boleh mendapatkan temu janji daripada pengedar sah Mitsubishi.

No

Pusat Servis Mitsubishi

Nombor telefon

Masa

1.

EON Auto Mart, Kuching

082 – 230 670

9.00am-5.00pm

2.

Jimisar Autotrade, Kuching

082 – 457 810

9.00am-5.00pm

Pelanggan juga boleh menghubungi Careline Mitsubishi di talian: 1800 18 8161, 9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumaat.

Share this post

scroll to top