Buletin

V UNTUK KUALA LUMPUR, F UNTUK PUTRAJAYA

OK begini, kalau anda biasa dengan perkembangan nilai bida nombor pendaftaran Kuala Lumpur, sejak 2013 dan habisnya turutan WYY, pendaftaran Kuala Lumpur bermula dengan W dan A. Waktu ni, harga bida jadi sangat mengarut sehingga melebihi paras lazim.

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (3)

Tetapi selepas siri abjad bercambah menjadi WA dan A, harga bidaan turun dengan mendadak. Nombor-nombor digit tunggal seperti nombor 1 tiba-tiba dijual balik pada bawah RM100,000. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini di mana harga pasaran dan bida nombor-nombor seperti 2,3,5,7,8 dan 9 semuanya atas RM50,000.

Sudah tentu ia mengurangkan pendapatan negara. Justeru bermula Jun depan, nombor Kuala Lumpur akan digantikan dengan abjad V, sementara Putrajaya dengan F. Ia akan mengembalikan semula susunan cara lama dan diyakini dapat meningkatkan semula harga bidaan.

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (1)

Secara peribadi pun saya tidak gemar dengan susunan panjang abjad WA8282W misalnya, ia boleh disusun WA di atas dan 8282W di bawah tetapi bagi motosikal, kebanyakan papan pendaftaran belakang telah ditetapkan standard saiz, itu menyebabkan susunan boleh jadi terkeluar dari sempadan. Kalau nombor depan pula memang tak cantik, terlalu panjang.

Kereta-kereta Jepun misalnya ada ukuran khusus yang standard terhadap papan pemegang plat biar apa juga jenis kereta. Susunannya mesti abjad di atas dan nombor di bawah.

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (4)

Susunan nombor maksimum juga sudah ditentukan mengikut aksara. Malaysia memang ke laut dari dulu tak ada penetapan standard pada pengeluar. Tengok saja piawai nombor pendaftaran Indonesia, Singapura dan Thailand.

Apapun pasti ramai yang tak sabar nak bida nombor-nombor ini. Berikut adalah idea yang kami rasa boleh anda pertimbangkan untuk masuk tender.

V 6      – untuk kereta berenjin V6

V8       – untuk kereta berenjin V8

V 10    – untuk kereta berenjin V10

V 170  – Mercedes-Benz VITO

V 650  – Suzuki V-Strom 650

VR 46 – Valentino Rossi – ni lambat lagi la

VR 4   – Lejen Mitsubishi VR4!

VW      – untuk volkswagen

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (2)

F 360  – Ferrari F360 (interchange)

F 430  – Ferrari 430

F 458  – Ferrari 458

F 599  – Ferrari 599

F 147  – FIAT

F 800  – BMW F800

F 17    – Honda Jazz / FIT

FJ        – Toyota FJ Cruiser

F 70    – Mitsubishi FTO?

F 47    – FAT

F10     – BMW 5 series

F30     – BMW 3 series

Cuma nanti kami risau juga bila sampai masa tiga aksara FAK. Apa kata korang?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button