VAN FORD TRANSIT, MANUAL 6 KELAJUAN – RM148,888

SHARE

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) semalam melancarkan van tingkap Transit baharu di Malaysia.batch_Ford-Transit-2016-mekanika5

Dengan reka bentuk kontemporari yang sesuai untuk kegunaan perniagaan, van tingkap Transit didapati dalam warna putih. Ia ditawarkan pada harga RM148,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia dan RM151,888 seunit di Malaysia Timur.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel Duratorq bersesaran 2.2 liter. Enjin itu menawarkan kuasa mencecah 155PS dan tork 385Nm. Sama seperti Transit yang lain, enjin TDCi itu dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

batch_Ford-Transit-2016-mekanika3

Rangkaian ciri keselamatan yang ada pada Ford Transit termasuklah penambahan pemijak sisi kuasa yang akan memanjang dan dimasukkan semula apabila pintu gelungsur dibuka dan ditutup. Manakala pintu belakang dengan bukaan 180 darjah bersama dua langkah bukaan 90 dan 180 darjah nyata memudahkan akses dan mengangkut barang.

Ciri keselamatan lain termasuklah Electronic Stability Programme dengan Fail Boost Support, mitigasi terbalik, alat pengesan parkir pada bahagian hadapan dan belakang, tali pinggang keledar tiga poin untuk semua penumpang serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di tempat duduk baris kedua.

batch_Ford-Transit-2016-mekanika

“Kami yakin bahawa van Transit 14 tempat duduk yang versatil ini akan menarik minat ramai pelanggan seperti sekolah, kumpulan komuniti, pengendali pengangkutan dan jabatan kerajaan yang mahukan susun letak kerusi yang fleksibel, ruang lebih luas serta pelbagai ciri tambahan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

batch_Ford-Transit-2016-mekanika1

Ford Transit juga didatangkan dengan pelbagai ciri penting seperti:

  • Beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan
  • Hill Launch Assist
  • Emergency Brake Assist dan Emergency Brake Warning
  • Sistem Brek anti Kunci (ABS)
  • Lampu utama jenis Halogen bersama Quad Beam dan ciri Follow Me Home Lighting
  • Cermin sisi dua tingkat
  • Emergency Release Hammer pada sebelah pintu mengangkut barang
  • Sambungan Radio dengan mikrofon
  • Tangki minyak berkapasiti 80 liter
  • Alat pengesan parkir pada bahagian hadapan dan belakang

batch_Ford-Transit-2016-mekanika4

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/commercial/transit/models/window-van

Share this post

scroll to top