Buletin

VARIAN MEWAH TOYOTA HILUX, AKSESORI TAMBAHAN UNTUK TOYOTA SIENTA

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) hari ini mengumumkan model Toyota Hilux kini menerima dua varian terbaru dalam versi “L-Edition”.

Sementara Toyota Sienta pula didatangkan dengan aksesori yang dipertingkatkan serta beberapa ciri tambahan baru. Tempahan bagi kedua-dua model berkenaan juga dibuka bermula hari ini.

Harga adalah seperti berikut: 

Hilux L-Edition

Hilux L-Edition (L bermaksud Luxury) dihasilkan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan sebuah trak pikap lebih premium. Ia kini ditawarkan dalam varian 2.8 liter AT 4×4 dan 2.4 liter AT 4×4.

Versi L-Edition dibezakan daripada varian Hilux lain dengan bahagian depan yang lebih lebar dan agresif. Ini berikutan rekaan hexagonal pada gril yang dikelilingi kemasan krom. Perubahan ini menyerlahkan lagi sisi gagah Hilux, yang menjadi taruhan utama sepanjang sejarah 50 tahun model berkenaan.

Bahagian pemijak di belakang juga dipasang dengan kemasan warna perak, menambahkan lagi sentuhan premium kepada penampilan trak pikap berkenaan. Hilux L-Edition juga hadir dengan rim 18-inci lima jejari yang lebih bergaya dengan warna dwi-tona – perak dan hitam.

Di ruang kabin, Hilux L-Edition menggunakan kemasan serba hitam sebagai tema yang digabungkan dengan kemasan piano black.

Ini memberikan imej lebih menonjol dan membuatkan ruang berkenaan kelihatan mewah. Tempat duduk yang dibalut kombinasi kulit pula mempunyai liang udara untuk memberikan keselesaan kepada penumpang.

Khusus bagi Hilux 2.8 L-Edition, ia didatangkan dengan meter Optitron bersama pencahayaan latar, untuk memberi pandangan lebih jelas di dalam apa juga suasana.

Dari segi keselamatan, model L-Edition dilengkapi 7 beg udara, Vehicle Stability Control (VSC), Active Traction Control (A-TRC) dan Hill-start Assist Control (HAC) sebagai ciri standard. Bagi model 2.8 L-Edition, ciri Downhill Assist Control (DAC) ditambah untuk memudahkan pemanduan menuruni laluan curam dengan selamat.

Varian itu menggunakan enjin 2.8 liter dan 2.4 liter empat-silinder turbodiesel sedia ada pada Hilux yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, lengkap dengan ciri sequential shifter.

Siri enjin yang digunakan ini menawarkan kuasa tork low-end yang lebih baik, maklum balas pecutan lancar, tahan lasak dalam keadaan ekstrem serta kecekapan penggunaan minyak yang telah dipertingkatkan.

Ciri-ciri baharu Toyota Sienta

Sejak diperkenalkan pada Ogos 2016, Toyota Sienta menawarkan nilai premium kepada sebuah MPV kompak untuk keluarga urban dengan rekaan unik.

Sekali lagi, berdasarkan maklum balas daripada pengguna, model itu hanya akan ditawarkan hanyalah dalam varian 1.5V bagi tahun 2018. Ia juga hadir bersama tambahan aksesori dan ciri tanpa sebarang perubahan harga.

MPV kompak itu kini dilengkapi sistem DVD-AVX 6.9-inci yang dinaik taraf, lengkap dengan ciri Bluetooth, HDMI, input kad SD serta kamera undur.

Pelanggan boleh mendapatkan sistem DVD-AVN 7-inci yang ditawarkan sebagai pilihan. Ia didatangkan dengan sistem navigasi GPS lokasi-lokasi bilik pameran dan pusat servis Toyota di seluruh negara.

Ciri baru Panoramic View Monitor yang juga ditawarkan sebagai pilihan, pasti banyak membantu ketika pemandu ingin memarkir kenderaan. Kamera akan memaparkan keadaan sekeliling, membolehkan pemandu mengesan sekiranya terdapat apa-apa halangan pada titik buta.

Slot pengecas USB kini disediakan pada tempat duduk barisan kedua untuk memudahkan pengguna. Dengan adanya karpet pada ruang kargo di belakang, lantainya juga mendapat perlindungan tambahan. Ia direka khusus untuk melindungi ruang berkenaan dan mudah dikeluarkan jika perlu.

Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000 km).

Untuk memberi lebih nilai kepada kenderaan, jaminan itu boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut berkaitan Toyota Hilux L-Edition dan Sienta, layari laman web: toyota.com.my.

GALERI

Google ads
Back to top button