Buletin

VCM LANCAR VOLVO S90 T8 TWIN ENGINE – 407hp, TORK 640Nm!

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini memperkenalkan sedan premium, Volvo S90 T8 Twin Engine.

Jentera ni dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA) yang direka untuk menggabungkan rangkaian kuasa elektik. Ia membolehkan pek bateri diletakkan di ruang yang menggantikan aci pacu.  

T8 Twin Engine merupakan pendekatan inovatif Volvo terhadap rangkaian kuasa. Ia menggabungkan enjin dengan sistem pengecas turbo dan supercharged yang menggerakkan roda hadapan. Manakala motor elektrik memacu gandar belakang.

Gabungan rangkaian kuasa tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 407hp dan tork 640Nm!

Dari segi prestasi, S90 T8 Twin berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Jentera ini juga bleh bergerak dalam mode elektrik sejauh 50km.

S90 T8 Twin Engine ditawarkan dalam dua varian iaitu Inscription dan Inscription Plus. Inscription Plus dilengkapi sistem bunyi Premium Sound by Bowers & Wilkins yang terdiri daripada 19 unit pembesar suara dengan kuasa 1,400 watss serta amplifier Class-D 12 saluran.

Varian itu juga dipasang dengan suspensi udara bersama sistem peredam yang dikawal secara elektronik (Four-C). Ia memastikan keselesaan maksimum dalam apa jua kondisi jalan raya.

Posisi pek bateri itu berfungsi merendahkan titik gravity, sekali gus menambah baik aspek pengandalian. Ia juga memerikan ruang kargo lebih luas dan dapat melindungi bateri daripada impak.

Kedua-dua varian itu bagaimanapun berkongsi pelbagai ciri standard. Ini termasuklah Park Assist dengan Park Assist Pilot, 360˚ Surround View Camera, Blind Sport Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert (CTA), Lane Keeping Aid (LKA), tempat duduk 2-stage Integrated Booster, tempat duduk dibalut kulit Nappa Leather dan tuil gear kristal Orrefors® Crystal yang dihasil menggunakan tangan.

S90 T8 Twin Engine Inscription ditawarkan pada harga RM368,888. Sementara Inscription Plus berharga RM388,888 (di atas jalan, tidak termasuk insurans).

Namun begitu, jika membuat tempahan sebelum 31 Oktober 2017, anda boleh menikmati harga pengenalan istimewa iaitu RM348,888 untuk varian Inscription dan RM368,888 (Inscription Plus).

S90 T8 Twin Engine merupakan model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) kedua yang dihasilkan di kilang Volvo di Shah Alam selepas XC90 T8 Twin Engine.    

VCM juga merancang untuk mengeksport S90 T8 Twin Engine ke beberapa pasaran terpilih tidak lama lagi.  

GALERI

Google ads
Back to top button